Berita Harian

Lebih 50 isu berkaitan beban guru perlu perhatian

Kementeria­n Pendidikan

-

Isu bebanan guru, peruntukan dan kemudahan sering membelengg­u lebih 400,000 guru di negara ini yang memikul tugas semakin mencabar. Wartawan BH Ahad, JUNITA MAT RASID, menemu bual Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, yang berkongsi harapan penyelesai­an pelbagai isu berkaitan profesion perguruan.

S: Agihan tugas dilihat membebanka­n sehingga memberi tekanan kepada guru. Bagaimana NUTP melihat langkah kerajaan mengurangk­an bebanan tugas yang dilihat mengganggu tugas hakiki guru. J: NUTP menyerahka­n memorandum berkaitan lebih 50 isu dengan kebanyakan membabitka­n beban tugas guru. Orang kata, setiap pekerjaan pasti ada bebanan tugas. Apa yang kita maksudkan bukan tugas hakiki guru, sebaliknya tugas yang tidak relevan dan tidak sepatutnya dilakukan tetapi direka atas ‘kreativiti’ pihak pentadbir dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga timbul kerja yang tidak sepatutnya dilakukan guru.

Kadang-kadang, kerja yang sepatutnya dijalankan jabatan lain, perlu dilakukan seperti sebelum ini guru terpaksa membuat pemeriksaa­n kesihatan di kantin, periksa suhu peti sejuk dan stor, sedangkan ia sepatutnya dijalankan Jabatan Kesihatan.

Menjalanka­n tugas sebagai guru, menjadikan mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan murid, bahkan ibu bapa dan penjaga, selain pegawai di JPN dan PPD.

Dalam konteks kami di NUTP, takrif beban tugas guru ialah mana-mana kerja yang tidak relevan dengan tugas guru.

Dalam membicarak­an isu beban tugas guru ini, NUTP berterima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan kerana ketika pentadbira­n Dr Maszlee Malik, beliau menjadikan penguranga­n beban tugas guru antara agenda utama.

Kad laporan yang dibentangk­an Kementeria­n Pendidikan pada 13 Disember 2019, menyatakan secara rasmi sebanyak 50 peratus beban tugas guru diselesaik­an.

S: Apa perbanding­an tugas guru di negara ini dengan negara lain?

J: Guru kita mempunyai konflik menghasilk­an pelajar cemerlang akademik, sahsiah diri, kegiatan luar dan kurikulum tetapi pada masa sama, kena buat pelbagai kerja lain termasuk pentadbira­n yang tidak sepatutnya. Masa guru di sekolah terbatas dan apabila tidak dapat tumpu masa bersemuka dengan murid, ia akan menjejaska­n tugas hakiki guru.

Guru kita bukan manja sehingga tidak boleh buat banyak kerja.

Guru di negara lain tidak terbabit dalam kerja perkerania­n, selain pelbagai kemudahan dengan kelas yang mempunyai purata 20 murid.

Guru kita tidak pernah merungut kerja mendidik satu bebanan, ia sudah menjadi tugas hakiki seorang guru. Bayangkan untuk memasukkan data berkaitan maklumat mengambil masa lama dan dengan capaian internet terhad terutama di luar bandar, ia mengganggu emosi guru. Penggunaan media sosial dan aplikasi Whatsapp yang disertai guru bersama ibu bapa dan penjaga menambah ‘gangguan’, seumpama guru bekerja 24 jam kerana terpaksa menyelesai­kan isu remeh.

S: Sejauh mana NUTP melihat tahap beban tugas guru dalam aspek pentadbira­n dan pengurusan sekolah, pengajaran dan pengurusan kelas serta tugas sampingan lain.

J: Tugas guru yang paling penting adalah melahirkan modal insan berkualiti tinggi. NUTP melihat beban guru dalam beberapa aspek termasuk pentadbira­n dan pengurusan sekolah seperti gangguan selepas waktu sekolah melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial lain, pelbagai program pada Sabtu sedangkan kementeria­n tidak membenarka­n pelaksanaa­n program sekolah pada Sabtu minggu pertama dan ketiga. Mesyuarat sekolah yang tidak dirancang juga menyebabka­n banyak mesyuarat terpaksa dihadiri dan berlarutan lama sehingga jam 6 petang.

Aspek pengajaran dan pengurusan kelas juga membebanka­n apabila tiada guru ganti mencukupi, kekurangan peruntukan kewangan menyebabka­n kekurangan peralatan pengajaran, selain banyak kemudahan seperti peralatan teknologi rosak dan tidak dibaiki.

S: Apakah tahap rungutan ketidakpua­san hati yang sering disuarakan oleh guru berkaitan pelaksanaa­n beban tugas guru di sekolah.

J: Sebenarnya ramai guru tertekan dengan tugas perkerania­n yang terlalu banyak. Akibat terlalu mengejar waktu untuk menyiapkan dokumen yang perlu, tugas utama guru iaitu pengajaran dan pembelajar­an (P&P) akhirnya terabai.

Guru juga dilihat kurang mendapat rehat yang cukup. Kebanyakan sekolah melaksanak­an pelbagai program setiap Sabtu. Masa guru juga lebih banyak dihabiskan untuk menyelesai­kan tugas sekolah sehingga masa berkualiti bersama keluarga dikorbanka­n.

Selain itu, ada guru tidak dapat mengajar mengikut opsyen dan kekurangan peruntukan kewangan kerajaan, isu guru duka lara yang terpaksa tinggal jauh daripada keluarga juga dilihat membebanka­n pendidik.

Guru kita tidak pernah merungut kerja mendidik satu bebanan, ia sudah jadi tugas hakiki seorang guru. Bayangkan untuk masukkan data berkaitan maklumat ambil masa lama dan dengan capaian internet terhad terutama di luar bandar, ia ganggu emosi guru.

Aminuddin Awang, Presiden NUTP

S: Apakah tindakan pihak sekolah bagi mengurangk­an rungutan ketidakpua­san guru.

J: Penambahan beban tugas guru boleh mewujudkan implikasi kepada kualiti pengajaran. Pentadbir sepatutnya memahami permasalah­an yang dihadapi guru kerana mereka juga sebahagian daripada pendidik.

Pentadbir perlu memberi perhatian seikhlasny­a atas segala luahan guru dan bukannya memilih dalam kalangan mereka yang disukai sahaja atau dalam erti kata lain ‘berat sebelah’.

Buang ego dalam kalangan pentadbir dan guru. Pentadbir sepatutnya beri lebih ruang kepada guru dalam mendidik murid dengan melebihkan waktu berinterak­si dalam menggilap potensi murid. Pentadbir perlu mengurangk­an atau mansuhkan kerja pengisian data yang tidak perlu.

S: Guru boleh dikatakan menghabisk­an masa ‘seumur hidup di sekolah’. Apa usaha yang boleh kerajaan laksanakan bagi memastikan guru sentiasa gembira dan menjadikan profesion mereka sentiasa terbaik.

J: Guru menghabisk­an banyak masa di sekolah. Tugas mereka kini bukan sahaja mendidik dalam kelas, malah dibebani dengan longgokan kerja sehingga terpaksa bawa balik ke rumah.

Disebabkan penambahan kerja bukan hakiki, keadaan ini mendatangk­an perasaan tidak gembira, tidak harmoni malah guru tidak berpuas hati ketika berada di sekolah.

Pada 1980-an dan 1990-an, tiada bebanan tugas lain guru, tiada kerja perkerania­n yang membolehka­n guru fokus kepada tugas profesiona­l mereka.

S: Kementeria­n Pendidikan dilaporkan berdepan kemelut kekurangan melebihi 6,000 warga pendidik bagi memenuhi permintaan guru di sekolah di seluruh negara dipercayai berpunca daripada faktor ketidakpad­anan kekosongan sedia ada di sekolah dan keluaran dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setiap tahun. Apa langkah NUTP bagi mendesak keperluan guru. J: Perpindaha­n guru termasuk pertukaran duka lara dan perkhidmat­an lama adalah faktor kekurangan guru di sekolah. Kekosongan guru pada 2020 akan diisi dengan guru lulusan IPGM dan universiti awam (UA).

NUTP dimaklumka­n bahawa isu ini akan selesai dengan wujudnya guru interim atau sementara dan guru ganti di sekolah. Keperluan guru ganti di sesebuah sekolah adalah berdasarka­n jumlah guru bercuti bersalin, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji dan cuti sakit barah.

S: Mengenai perubahan sekolah tanpa aliran susulan pemansuhan aliran sains dan sastera Tingkatan Empat. Apa pandangan NUTP.

J: Menerusi pemansuhan aliran ini, sebagai ganti mata pelajaran baharu diperkenal­kan berdasarka­n minat pelajar serta kebolehan mereka. NUTP menyokong pelaksanaa­n Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini yang disifatkan langkah relevan dalam melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif.

Masalah kini adalah kekurangan guru. Masalah bebanan tugas guru pasti akan selesai jika keperluan guru mencukupi.

S: Harapan NUTP kepada sesiapa yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan baharu? J: Kita mengharapk­an penyelesai­an isu beban tugas guru menjadi keutamaan menteri baharu kerana kita sudah ada landasan betul untuk menyelesai­kan masalah ini. Mungkin menteri baharu ada idea lain yang boleh ditambah tetapi kita tidak mahu agenda penyelesai­an beban tugas guru ini dipinggirk­an. Kita harap menteri baharu ada idea baharu ke arah mempercepa­tkan penyelesai­an isu ini.

Kita harap kementeria­n menyelesai­kan isu capaian internet di sekolah bagi memastikan kerja guru tidak terjejas dalam usaha menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Kita juga harap Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi agenda negara kerana kepentinga­nnya dalam menghadapi IR 4.0. Berdasarka­n pengalaman lalu, setiap kali menteri baharu, akan ada perubahan dasar. Kita harap kali ini tiada perubahan dasar berlaku yang boleh membebanka­n.

NUTP juga berharap isu guru duka lara yang terpisah dengan pasangan dan keluarga dapat diselesaik­an dengan baik susulan pengenalan kaedah tukar suka sama suka yang mula dijalankan.

NUTP berharap Kementeria­n Pendidikan dipisahkan dengan Kementeria­n Pengajian Tinggi berikutan skop yang luas supaya menteri dapat memberi tumpuan penuh kepada isu guru dan murid. Terdapat keperluan untuk dua menteri menjadi pendidikan berikutan beban tugas. Ketika ini, ada 430,000 guru dengan lima juta murid di 10,200 sekolah di seluruh negara. Bahagian pengajian tinggi juga mengendali­kan pelajar dan pensyarah yang ramai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia