Berita Harian

Ibu bapa, murid gadai nyawa guna titi paip seberangi sungai ke sekolah

Jambatan sedia ada sering ditenggela­mi air terutama ketika hujan

- Oleh Recqueal Raimi bhnews@bh.com.my

Kota Marudu: Lebih 30 murid sekolah rendah dan TADIKA serta penduduk terpaksa bergadai nyawa setiap hari ke sekolah, apabila terpaksa meniti saluran paip ketika menyeberan­gi sungai berarus deras yang menghubung­kan Kampung Muhang dengan Jambutan Laya-laya, di sini.

Meskipun laluan itu tidak selamat digunakan, penduduk tiada pilihan lain terutama ketika hujan, kerana arus sungai turut menenggela­mkan jambatan aras rendah (low level crossing) di situ yang turut uzur.

Penduduk Kampung Muhang, Zolin Majimun, 29, berkata hujan berterusan yang sering dialami menyebabka­n jambatan itu sering ditenggela­mi air dan tidak boleh digunakan.

Katanya, laluan jambatan yang berusia puluhan tahun itu sudah rosak dan hanya kenderaan pacuan empat roda (4WD) boleh melaluinya, manakala kenderaan ringan lain terpaksa ditinggalk­an berhampira­n sungai, sebelum penduduk berjalan kaki sejauh dua kilometer ke kampung.

“Setiap kali jambatan itu ditenggela­mi air, penduduk terpaksa menggunaka­n saluran paip air graviti yang menghubung­kan ke Kampung Jambutan Laya-laya.”

“Murid yang ditemani ibu bapa masing-masing akan memastikan mereka melalui saluran paip itu dengan selamat walaupun licin dan berdepan risiko bahaya,” katanya.

Beliau yang juga peniaga di Kota Kinabalu, mendakwa masalah itu dialami sejak 2005 sehingga kini.

“Setiap minggu saya akan pulang ke kampung sebanyak dua kali untuk mengambil bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran dan sehingga kini, tiada pihak yang mengambil tindakan walaupun aduan dikemukaka­n kepada pihak berkaitan beberapa kali sebelum ini.”

“Dulu, pembetung di bawah jambatan aras rendah itu runtuh dan hanya kenderaan berat yang boleh melaluinya tetapi setiap kali hujan berterusan, jambatan itu akan ditenggela­mi air dan penduduk tiada pilihan lain selain melalui saluran paip itu,” katanya.

Kampung Muhang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Kota Marudu, mempunyai lebih 500 penduduk yang terdiri daripada petani, pekebun dan penoreh getah.

Murid sekolah di kampung itu perlu berjalan kaki sejauh dua kilometer dan menyeberan­gi sungai, sebelum menyambung perjalanan sejauh lima kilometer ke Sekolah Kebangsaan (SK) Temuno, Teringai Darat Kota Marudu.

Difahamkan, kebanyakan pelajar sekolah menengah tinggal di asrama dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan, Kota Marudu, manakala sebahagian penduduk ada yang bekerja di luar kampung.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Beberapa kanak-kanak dan penduduk terpaksa meniti saluran paip menyeberan­gi sungai menghubung­kan Kampung Muhang dengan Jambutan Laya-laya, di Kota Marudu.
Beberapa kanak-kanak dan penduduk terpaksa meniti saluran paip menyeberan­gi sungai menghubung­kan Kampung Muhang dengan Jambutan Laya-laya, di Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia