Berita Harian

Uqasha tiada masa fikir soal jodoh

Uqasha makin sibuk dengan lakonan, tak tergesa-gesa cari pasangan

-

Sebelum ini, boleh dikatakan hidupnya sentiasa dilingkari kontrovers­i. Jika ada sahaja cerita mengenainy­a, selalunya ia mengaitkan wanita ini dengan hubungan bersama manamana lelaki ataupun kisah panas yang menguji diri. Begitupun, sejak kebelakang­an ini, rentaknya bagai sudah mula berubah apabila cerita sedemikian semakin menjauh daripada pelakon berasal dari Kelantan itu. Malah, cinta pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini sendiri lebih dicurahkan kepada kerjaya lakonan, bukan lagi golongan Adam. Apatah lagi, bakatnya juga bagai mula membuka mata produser, pengarah dan rumah produksi apabila semakin banyak tawaran diterima si cantik ini. Enggan mempersiak­an segala peluang terbentang di depan mata, kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini sendiri tampak semakin matang saat usianya menginjak 27 tahun.

Tak pernah sunyi

Kata Uqasha, biarpun penat dengan kerja lakonan yang tidak berkesudah­an, saat ini, dia seronok mencari rezeki dalam bidang itu. “Lagipun, jika saya tidak bekerja, apa pula yang boleh saya lakukan? Takkan saya nak hidup goyang kaki? Lainlah jika saya mempunyai suami dan anak yang perlu dijaga. Jadi, saya akan terus bekerja selagi kudrat ini diperlukan. Saya juga bersyukur dengan rezeki yang dikurniaka­n. “Kesibukan dengan kerja juga membuatkan saya tiada masa untuk memikirkan soal peribadi. Terusteran­g, sejak tahun lalu sehingga sekarang, jadual kerja saya memang padat dengan penggambar­an. “Lagipun, saya sendiri tidak tercaricar­i sesiapa untuk dijadikan teman istimewa. Jika di set penggambar­an pula, saya jumpa kawan pelakon dan kru. Ada masanya, saya dapat kawan baharu di lokasi,” katanya kepada B*POP. Ujar Uqasha, kesibukann­ya antara alasan dia tidak terfikir mengenai kekasih. “Dari pagi hingga ke malam saya berada di lokasi penggambar­an. Jadi, masa berlalu bagai tanpa dirasai. “Justeru, rasanya tidak timbul soal saya kesunyian atau sebaliknya. Balik ke rumah, saya jumpa keluarga.

Malah, kadangkada­ng, tak sempat pun nak luangkan masa bersama mereka akibat kepenatan. Sampai ke rumah, saya hanya terfikir untuk melelapkan mata,” katanya.

Jodoh adik lebih awal

Uqasha tidak sekali-kali berasakan, perkahwina­n adiknya, Nelydia, April tahun lalu, sebagai tekanan untuknya turut mendirikan rumah tangga. Baginya, masing-masing mempunyai jodoh tersendiri. “Sebahagian­nya pula menyaksika­n jodoh mereka datang awal dan bagi sesetengah­nya agak lambat tiba. Dalam kes Nelydia, jodohnya datang lebih awal berbanding saya. Sebagai kakak, saya seronok melihat kehidupann­ya ketika ini,” katanya. Tegas Uqasha, apabila dia dilihat bekerja kuat, ada yang beranggapa­n dirinya berbuat demikian kerana hendak berkahwin. “Hakikatnya bukan begitu. Saya cuma berusaha mencari duit untuk kelangsung­an hidup. “Saya bagaimanap­un tidak mengambil serius apabila ada yang bertanyaka­n soal jodoh. Biasalah, apabila berkumpul dengan saudara mara atau keluarga, sekali-sekala terkeluar juga topik berkaitan perkahwina­n. Kata mereka, sudah sampai masanya saya menjadi isteri. “Dalam keadaan begitu, selalu saya berseloroh meminta mereka untuk bersabar dahulu,” katanya.

Elak tersalah pilih

Bagi Uqasha, dia enggan terburubur­u dalam mencari pasangan hidup. Malah, dia juga tidak memikirkan soal status mahupun pangkat bakal jodohnya nanti. Harapannya cuma lelaki yang akan menjadi suaminya suatu hari nanti seorang yang memahami dan boleh menerima dirinya dengan seadanya. “Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Saya juga tidak mahu ada pihak yang menghukum kerana pengalaman saya sebelum ini. “Saya sebaliknya berharap, pengalaman itu memberikan peluang kepada saya bertemu lelaki yang boleh menerima dan membimbing diri ini ke jalan lebih baik. Saya pula tidak meletakkan sebarang ciri-ciri lelaki idaman kepada bakal suami, cukup jika dia terima diri ini,” katanya.

Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Saya juga tidak mahu ada pihak yang menghukum kerana pengalaman saya sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia