Berita Harian

Enam murid menang anugerah WARC 2019

-

Seremban: Enam murid mengharumk­an nama negara apabila memenangi dua anugerah terbaik pada Pertanding­an Pendidikan Robotik Dunia 2019 (WARC 2019), di Shanghai, China.

Raza Harruz Zaqwan Rahim, 12; Choy Jum Lam, 12; Low Han Wei, 10, memenangi Anugerah Kategori Inovasi Terbaik, manakala Yoong Jia Jie, 13; Law Jun Jie, 12 dan Low Han Jun, 12, memenangi Anugerah Kategori Persembaha­n Terbaik.

Mereka mewakili beberapa sekolah di daerah ini dan bernaung di bawah Kelab Ibubapa Myfirst Robotic (MFRC) di sini.

Kemenangan pada pertanding­an yang diadakan pada 14 dan 15 Disember 2019 itu membolehka­n mereka membawa pulang sijil, pingat dan trofi kemenangan.

Pengurus MFRC, Tan Guat Choon, berkata pihaknya menghantar 17 peserta dalam pertanding­an yang disertai lebih 5,000 peserta dari 50 buah negara antaranya United Kingdom, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun,

Kanada dan Australia selain China selaku tuan rumah.

Katanya, pertanding­an itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu team show event dan brick contest.

“Pasukan kami berdepan cabaran sengit terutama dari peserta United Kingdom dan China, namun hasil kesungguha­n dan latihan selama lebih tiga bulan membuat persiapan, akhirnya mereka berjaya memenangi dua anugerah.

“Kejayaan ini juga hasil sokongan dan kerjasama mantap daripada ibu bapa murid terbabit serta ilmu dan kemahiran diperoleh berjaya digunakan sepenuhnya pada pertanding­an itu,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis taklimat dan meraikan kejayaan mereka di Kelab MFRC di Seremban 2, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Malek.

 ??  ?? Dr Mohamad Rafie bersama peserta Pertanding­an Pendidikan Robotik Dunia 2019 di China pada majlis meraikan kejayaan mereka di Kelab MFRC di Seremban 2, semalam.
Dr Mohamad Rafie bersama peserta Pertanding­an Pendidikan Robotik Dunia 2019 di China pada majlis meraikan kejayaan mereka di Kelab MFRC di Seremban 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia