Berita Harian

Nafas baharu pendidikan negara

-

Kementeria­n Pendidikan banyak diselubung­i pelbagai isu. Kononnya sistem pendidikan negara semakin merosot tetapi terlalu banyak masa dibuang berbincang perkara pinggiran tanpa ambil kira kesan kepada pelajar dan guru.

Namun, keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan beri harapan dan nafas baharu. Beliau dilihat paling layak mentransfo­rmasi sistem pendidikan negara. Bukan saja pernah menjawatny­a sebelum ini, tetapi kerana idea beliau dalam menyerapka­n pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai hala tuju pendidikan negara.

Walaupun tempohnya mungkin sementara, Belalang yakin Tun M boleh meletakkan asas kukuh kepada penggantin­ya menerajui kementeria­n yang penuh cabaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia