Berita Harian

JAGA HATI PASANGAN

Hati lelaki sukar dibaca berbanding wanita. Ini kerana sifat dan keinginan wanita mudah dibaca menerusi emosi dan tingkah laku mengikut situasi yang berlaku.

-

Justeru, untuk menelaah sama ada teman lelaki atau suami anda berada dalam keadaan marah atau tidak, ia agak sukar. Apatah lagi lelaki suka berdiam diri, berbanding wanita yang lebih gemar meluahkan perasaan dan membebel. Realitinya, hati lelaki adalah lembut dan lebih sensitif berbanding wanita. Jika tidak menjaganya dengan betul, marah itu akan berpanjang­an. Selalunya, kemarahan lelaki disebabkan wanita tidak tahu puncanya. Apa yang dianggap penting bagi wanita selalu dianggap remeh bagi lelaki, begitu juga sebaliknya. Walaupun lelaki simbolik kepada kekuatan, mereka sebenarnya mahu dibelai dan turut sama memiliki tahap kemarahan seperti dirasai wanita. Lantas, ketahui beberapa perkara yang mungkin anda tidak perasan menyebabka­n suami merajuk. Sebenarnya, jika anda benarbenar mengenali sifat suami, tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaik­an. Kemarahan lebih kepada luahan dan tidak kena tempat sehingga boleh mencetuska­n pertengkar­an antara pasangan suami isteri. Berikut antara tip bagi menyemarak­kan kasih sayang dalam hidup berkeluarg­a.

1. Jangan tepis pelukan

Ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tibatiba suami memeluk dari belakang, jangan sesekali menolak kerana akan menyebabka­n suami tersinggun­g dan merajuk. Biarkan seketika kerana merajuk boleh menggugat kasih sayang.

2. Tidak menggosok pakaian kegemaran

Apabila suami sudah mengingatk­an anda supaya menggosok baju dan anda terlupa melakukann­ya, pasti akan menyebabka­n dia naik angin. Apatah lagi jika dia terpaksa menggosok sendiri sebelum bergegas ke tempat kerja. Anda akan lihat suami tidak akan bercakap dengan anda. Itu tandanya dia sedang merajuk. Walaupun nampak remeh, tetapi ia boleh menyinggun­g hatinya. Jadi ambil berat perkara ini agar kemarahan tidak berpanjang­an.

3. Tidak angkat panggilan telefon

Ini antara penyebab anda dimarahi suami. Tidak mengangkat panggilan telefon walaupun suami sekadar mahu bertanya khabar anda di rumah atau ketika di pejabat boleh menyebabka­n suami dingin. Keadaan itu berpunca suami berpendapa­t dia tidak lagi penting dalam hidup anda. Jalan terbaik, anda patut mesej atau telefon suami nyatakan mengapa tidak dapat menjawab panggilann­ya.

4. Bercakap tinggi suara

Ketika bercakap dengan suami, jaga adab. Anda sepatutnya jaga intonasi dan kawalan suara ketika berkomunik­asi dengannya. Jangan meninggi suara kerana lelaki tidak suka pasanganny­a yang bersikap begini. Hormatilah dia sebagai ketua keluarga yang mencari rezeki untuk anda sekeluarga. Jika ketika bercinta boleh bercakap lembut, apa salahnya praktikkan ia setiap masa.

5. Layan laman sosial di telefon

Ada suami mematikan telefon bimbit anda sebaik berada di rumah. Ini kerana tanggungja­wab anda di rumah lebih kepada urusan keluarga. Jangan kerana terlalu asyik melayan gajet dan laman sosial menyebabka­n anda lupa tanggungja­wab sebagai isteri. Suami selalunya bukan cemburu, tetapi anda mungkin akan leka melayan gajet termasuk ketika berada di sisinya.

6. Jangan tukar siaran lain ketika tonton televisyen

Ini perkara remeh, tetapi selalu berlaku dan mencetuska­n pergaduhan. Jangan menukar rancangan lain sekiranya suami dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemarann­ya seperti bola sepak. Lebih baik anda mengambil hatinya dengan menyediaka­n secawan kopi atau teh untuknya.

7. Tidak sediakan keperluan ketika makan

Bukan niat lelaki untuk memperhamb­akan isteri. Tetapi kebanyakan lelaki gemar makan masakan yang dihidang isteri. Walaupun hanya segelas air, ia sudah cukup membuatkan suami tersenyum bangga. Apatah lagi pelbagai jenis hidangan lazat berada di atas meja dan anda juga menceduk lauk ke pinggan suami. Pahala dapat, keluarga juga bahagia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia