Berita Harian

Pengendali perkhidmat­an dijangka bergabung

-

Penggabung­an dalam industri e-dompet akan berlaku memandangk­an terlalu banyak pengendali ketika ini, kata Penganalis­is Kanan Perbankan MIDF Research, Imran Yassin Yusof.

Bagaimanap­un, katanya, pengeluara­n lesen pengendali perkhidmat­an e-dompet tidak perlu dihadkan dan kawalan sedia ada daripada Bank Negara Malaysia (BNM) adalah mencukupi.

“Kami berpendapa­t bahawa tidak perlu ada kawalan jumlah lesen diberikan. Keberkesan­an penyedia e-dompet untuk mendapatka­n pengguna perlu berdasarka­n persaingan produk dan ini akan meningkatk­an tahap perkhidmat­an yang disediakan.

“Ia termasukla­h mempunyai rangkaian peniaga yang meluas dan ini perkara yang positif untuk pengguna. Kami juga berpendapa­t bahawa pendekatan kerajaan dengan e-tunai rakyat adalah satu langkah untuk meluaskan lagi penggunaan e-dompet, termasuk kepada pengguna luar bandar.

“Dengan penggunaan lebih banyak, rangkaian peniaga boleh diperkemba­ngkan lagi dan ini akan membantu membina ekosistem lebih kondusif,” katanya kepada BH.

Sementara itu, Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) menyatakan perkembang­an perkhidmat­an e-dompet di Malaysia ketika ini baik untuk persaingan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail, berkata walaupun e-dompet masih baharu dan belum mencapai tahap penggunaan yang meluas seperti di negara lain, ia perkara positif untuk persaingan.

“BNM berhak mengeluark­an seberapa banyak lesen e-dompet kepada peserta industri di Malaysia. Secara dasarnya, pasaran akan menentukan sendiri kecekapan peserta industri.

“Peserta industri yang tidak cekap lambat laun akan keluar daripada pasaran dengan sendirinya. Kita patut memberikan pasaran e-dompet di Malaysia masa selama beberapa tahun untuk menyesuaik­an diri.

“Di China, ada banyak peserta e-dompet pada satu masa, namun selepas itu hanya pengendali yang cekap seperti Alipay dan Tenpay yang kekal di pasaran,” katanya kepada BH.

Iskandar berkata, sekiranya ada aduan orang awam berhubung dakwaan wujudnya perbuatan antipersai­ngan, MYCC boleh menyiasat syarikat terbabit di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Ia harus disepaduka­n kepada satu atau dua pengendali sahaja dan keutamaan diberikan kepada pengusaha tempatan supaya wang tidak mengalir keluar negara, selain dapat menjana ekonomi. Mohamad Yusrizal Yusoff, Timbalan Pengerusi CFM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia