Berita Harian

Sekatan masuk dari dua lagi wilayah China

Malaysia menyekat kemasukan pelancong dari dua lagi wilayah di China, Zhejiang dan Jiangsu. Ia termasuk mereka yang pernah berkunjung atau berada di kedua-dua wilayah itu.

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Lelaki warga China berusia 63 tahun yang dirawat di HKL kerana jangkitan coronaviru­s, individu ketiga pulih sepenuhnya.

Kuala Lumpur: Malaysia menyekat sementara kemasukan dari dua lagi wilayah di China, iaitu Zhejiang dan Jiangsu susulan penularan coronaviru­s (2019-ncov).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sekatan itu mem- babitkan semua pelancong tanpa mengira kerakyatan mereka yang pernah mengunjung­i atau berada di dua wilayah berkenaan serta satu lagi wilayah, Hubei yang sudah dikenakan sekatan sama pada 27 Januari lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat menjelaska­n, sekatan ke atas warga China dari dua wilayah terbaru yang merangkumi tujuh bandar itu, menjadikan keseluruha­n tiga wilayah di negara itu terbabit dalam sekatan kemasukan ke Malaysia, termasuk Hubei.

Wilayah Hubei merangkumi 16 bandar termasuk Wuhan, iaitu bandar di mana kes pertama coronaviru­s dikesan. Zhejiang menempatka­n lima bandar, manakala Jiangsu pula dua bandar.

“Kementeria­n Luar memaklumka­n bahawa pihak berkuasa di China, termasuk pihak berkuasa tempatan mengambil sekatan membabitka­n tiga wilayah, iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu.

“Jabatan Imigresen seterusnya diminta mengenakan syarat sekatan bagi semua pelancong, tidak kira kerakyatan mereka yang pernah mengunjung­i atau berada di Wilayah Hubei, Zhejiang dan Jiangsu, untuk tidak memasuki Malaysia dalam tempoh 14 hari selepas itu (kunjungan).

“Setakat ini, didapati tidak ada keperluan untuk menyekat terus kemasukan dari China ke Malaysia, kecuali dari tiga wilayah membabitka­n 23 bandar yang sudah dikenakan lock-down oleh pihak berkuasa China,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata demikian selepas menghadiri majlis jamuan Muhibbah Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Imigresen dan agensi lain di pintu masuk negara dari Singapura di Johor Bahru, juga diminta meningkatk­an aspek kawalan.

“Petugas turut diminta memberi nasihat yang sewajarnya kepada orang ramai yang melalui pintu masuk berkenaan,” katanya.

“Memandangk­an situasi masih terkawal, didapati tidak ada keperluan untuk menyekat terus perjalanan keluar masuk dari negara China kecuali dari tiga wilayah yang membabitka­n 23 bandar yang sudah dikenakan ‘lock-down’,” katanya.

Angka kematian akibat coronaviru­s meningkat kepada 811 sehingga semalam, menurut kenyataan yang dikeluarka­n Suruhanjay­a

Kesihatan Kebangsaan China, semalam. Bagaimanap­un, penularan wabak itu di Wuhan mula menunjukka­n penurunan walaupun tidak begitu ketara.

Ia sekali gus mengatasi jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang berlaku pada 2002 dan 2003 iaitu seramai 774 orang.

Pada 27 Januari lalu, Malaysia menggantun­g sementara kemasukan rakyat China dari Wuhan dan wilayah Hubei serta bandar sekitarnya, membabitka­n semua kemudahan Imigresen meliputi kemudahan tanpa visa, visa semasa ketibaan (VOA), e-visa dan visa manual.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? Sekumpulan wanita memakai topeng penutup muka berbual di jambatan Hong Kong, semalam.
(Foto AFP) Sekumpulan wanita memakai topeng penutup muka berbual di jambatan Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia