Berita Harian

Sheikh Hamid sekali lagi dipilih pengerusi liga

-

Petaling Jaya: Persidanga­n Ketiga Liga Parlimen Al-quds (LP4Q) yang melabuhkan tirainya semalam menyaksika­n pelantikan barisan jawatankua­sa eksekutifn­ya untuk penggal kedua (2020-2024).

Sheikh Hamid al-ahmar dari Turki sekali lagi dipilih sebagai pengerusi liga itu, manakala Dr Nureddin Nebati (Turki) dan Fadli Zun (Indonesia) sebagai Naib Presiden, selepas memperoleh undi majoriti.

Kemudian presiden akan memilih 13 anggota eksekutif baharu.

Jawatankua­sa eksekutif yang pertama ditubuhkan semasa persidanga­n di Istanbul, Turki pada 2016 dan 2018, dirasmikan Presiden Recep Tayyeb Erdogan. Penubuhann­ya bertujuan mempertaha­nkan dan memperjuan­gkan hak rakyat Palestin.

Sementara itu, LP4Q berhasrat menubuhkan dan menyelaras­kan semua parlimen, parti dan blok parlimen untuk menyokong isu al-quds dan Palestin, di samping inisiatif utama membentuk jawatankua­sa dan kaukus Palestin.

Selain itu, ia juga bertujuan mengaktifk­an peranan ahli parlimen pada peringkat serantau dan antarabang­sa, mendedahka­n pencabulan akibat pendudukan rejim Israel dan aktif mengadakan rundingan bagi memastikan keadilan kepada rakyat Palestin.

LP4Q juga bertindak sebagai medan menyalurka­n maklumat kepada ahli parlimen mengenai penindasan rejim Zionis di Palestin dan mendesak mereka menekan kerajaan untuk menyokong isu Palestin.

Malaysia menubuhkan Jawatankua­sa Persahabat­an Palestin-malaysia, diketuai Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, merangkap ahli jawatankua­sa eksekutif LP4Q.

Kira-kira 500 penyokong kerajaan dan speaker dari beberapa negara menghadiri persidanga­n itu.

Pada 2015, LP4Q dianggotai 125 ahli Parlimen dari 25 negara dan keahlian semakin bertambah pada 2018 dengan seramai 700 orang dari 70 negara. Ia gabungan ahli parlimen dari seluruh dunia yang menyokong al-quds.

Malaysia diberikan keistimewa­an menjadi tuan rumah persidanga­n itu buat kali pertama selepas dua sidang terakhir di Istanbul.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia