Berita Harian

Misi dapat sokongan antarabang­sa wajar diteruskan

-

Pelan damai yang dimomokkan ketika ini bukan sebenarnya datang dari Amerika Syarikat (AS) pun, tetapi adalah ‘buah fikiran’ (Presiden AS, Donald) Trump sendiri.

Anwar Ibrahim, Presiden PKR

Kuala Lumpur: Misi mendapatka­n sokongan komuniti antarabang­sa bagi merungkai krisis Palestin wajar diteruskan, dengan berpanduka­n tiga matlamat utama.

Ia mencakupi usaha menuntut kerangka penyelesai­an jelas ke arah mengakhiri pertelagah­an antara Palestin dan Israel, mempercepa­tkan pemilikan semula tanah Palestin yang ditakluk serta menolak sebarang dasar retorik.

Demikian ketegasan disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menggesa supaya perjuangan rakyat Palestin dalam mengembali­kan maruah negara mereka selepas ditindas oleh rejim Israel tidak harus dipersiaka­n.

“Pelan damai dimomokkan ketika ini bukan sebenarnya datang dari Amerika Syarikat (AS) pun, tetapi adalah ‘buah fikiran’ (Presiden AS, Donald) Trump sendiri.

“Pelan ini tidak lain ialah untuk bentuk sokongan kepada Israel merompak tanah rakyat Palestin dan meragut maruah mereka di tanah sendiri yang kini berlanjuta­n hampir tujuh dekad. Kita tabik semangat ditonjolka­n rakyat Palestin yang terus memperjuan­gkan usaha untuk mengambil balik tanah dan maruah mereka, justeru pergelutan ini tidak akan dibiarkan keseoranga­n.

“Segenap lapisan masyarakat di Malaysia menyokong perjuangan Palestin menuntut hak dan kedaulatan mereka semula,” katanya pada ucaptama Majlis Makan Malam Perpisahan sempena Persidanga­n Liga Parlimen Al-quds Kali Ketiga, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Penasihat Jawatankua­sa Penganjur Persidanga­n Al-quds, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Kesal dengan situasi yang semakin meruncing di sempadan Gaza, Anwar berkata, segelintir masyarakat dunia kini seolah-olah mengambil pendirian untuk membisu, berbanding menyuaraka­n pendirian mereka berhubung krisis Palestin.

Katanya, resolusi demi resolusi yang dimeterai di pentas antarabang­sa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kini sekadar menjadi tinggalan sejarah serta tidak dihiraukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia