Berita Harian

Penindasan perjuangan sejagat

-

Kuala Lumpur: Penindasan ke atas rakyat Palestin tidak hanya menuntut perpaduan orang Islam, sebaliknya membabitka­n perjuangan manusia sejagat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, berkata Malaysia sebagai negara terdiri berbilang kaum dan agama boleh dijadikan medan terbaik untuk membela nasib orang Palestin.

Bagaimanap­un, katanya, perjuangan oleh penduduk seluruh dunia tidak harus terbatas kepada bantuan kebajikan dan belas kasihan sahaja.

“Isu ini mempunyai dimensi ekonominya. Dalam kata lain, kita harus terus membina dan mengizinka­n sektor industri berkembang pesat di Palestin.

“Tetapi, kita tidak boleh mengatakan bahawa hanya dengan memberikan wang mencukupi kepada rakyat Palestin, mereka akan melupakan tanah air, kemerdekaa­n dan maruah diri mereka.

“Palestin entiti politik yang bangkit melawan penjajah dan penindas. Kita perlu ada iltizam politik dan seterusnya tindakan politik. Ini bermasuk tindakan yang membawa kepada kebebasan, keadilan dan solidariti terhadap rakyat Palestin,” katanya ketika mempengeru­sikan satu sesi Persidanga­n Liga Ahli Parlimen Untuk al-quds di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Sim berkata, revolusi Palestin ialah perjuangan yang patut didokong oleh semua individu yang inginkan kebebasan, keadilan dan keamanan.

“Sesiapa yang menuntut keadilan perlu memberikan keadilan kepada orang lain. Sesiapa yang menuntut kebebasan perlu memberikan kebebasan kepada orang lain. Sesiapa yang menuntut solidariti perlu memberikan solidariti kepada orang lain.

“Semua kuasa politik perlu bergabung dan bekerjasam­a menjangkau­i pertimbang­an serta kepentinga­n kepartian untuk meluahkan sokongan tanpa belah bahagi serta solidariti seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia