Berita Harian

12 hospital, makmal terima latihan ujian masa IMR

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 12 hospital Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Makmal Kesihatan Awam (MKA) seluruh negara dipertingk­atkan dengan kapasiti membuat ujian masa sebenar RT-PCR 2019-ncov bagi mengesan novel coronaviru­s 2019 (2019-ncov) sejak 30 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 12 hospital KKM dan MKA menerima latihan pengesanan coronaviru­s daripada Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR).

Beliau berkata, makmal terbabit memulakan persediaan menghadapi kemungkina­n penularan coronaviru­s ke Malaysia pada 3 Januari lalu yang mana reagen mengesan wabak menggunaka­n kaedah konvension­al RT-PCR disediakan.

“Pada peringkat awal, Unit Virologi, Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit, IMR, Kementeria­n Kesihatan adalah satu-satunya makmal terbabit secara langsung dalam menjalanka­n ujian diagnostik mengesan 2019-ncov di Malaysia.

“Pada 30 Januari lalu, IMR menjalanka­n latihan ujian masa sebenar RT-PCR 2019-ncov untuk 12 hospital KKM dan MKAK Sungai Buloh, MKA Ipoh, MKA Kota Kinabalu, MKA Kota Bharu dan MKA Johor Bahru supaya kapasiti membuat ujian masa sebenar RT-PCR 2019-ncov dipertingk­at di seluruh negara.

“Kapasiti ini diperluask­an bagi rangkaian makmal swasta melalui latihan berkaitan yang diadakan oleh pihak MKAK Sungai Buloh pada 6 Februari 2020,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Turut dikongsi senarai 12 makmal hospital KKM yang menerima latihan pengesanan coronaviru­s daripada IMR.

Ia membabitka­n Hospital Sungai Buloh, Hospital Umum Sarawak, Hospital Tuanku Afzan, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Melaka, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Raja Nur Zahirah, Hospital Raja Perempuan II dan Hospital Sultanah Bahiyah.

Dr Noor Hisham mengucapka­n tahniah kepada semua petugas di IMR, MKA dan makmal hospital atas komitmen tinggi serta bertungkus-lumus tanpa mengira masa dalam menghadapi jangkitan coronaviru­s di negara ini.

“Pada setiap hari (termasuk cuti umum), staf dalam panggilan (on call) bersedia menerima sampel dari hospital seawal jam 7 pagi dan akan meneruskan ujian supaya keputusan dapat dikeluarka­n dalam masa 24 jam.

“Kebanyakan keputusan ujian berjaya disiapkan lebih awal dari 24 jam. Staf hanya dibenarkan menjalanka­n ujian selepas menjalanka­n ujian kompetensi dan dilatih cara pemakaian alat pelindung diri (PPE) dengan betul. Secara ringkas, staf akan menerima sampel dan merekodkan penerimaan sampel dalam buku log.

“Syabas dan tahniah kepada semua petugas di sebalik tabir di IMR, semua MKA dan makmal hospital yang bertungkus-lumus siang malam dalam menghadapi kejadian jangkitan 2019-ncov ini.

“Anda adalah wira yang tidak didendang yang melaksanak­an tugas walaupun sering tidak jelas di mata masyarakat demi memastikan kesihatan awam dan keselamata­n negara terpelihar­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia