Berita Harian

Pekerja Malaysia di Singapura semakin bimbang

Majikan beri notis tutup sementara syarikat

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Pekerja Malaysia yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Singapura dilanda kebimbanga­n dengan penularan coronaviru­s di negara republik itu yang semakin meningkat.

Lebih meresahkan, semakin ramai pekerja Malaysia di Singapura mulai terjejas apabila sebilangan majikan memberi notis penutupan sementara syarikat antara dua minggu hingga sebulan.

Berikutan itu, pekerja diarah bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh berkenaan.

Penyelia chef di sebuah restoran Perancis di Tanjung Pagar, Singapura, Shahran Ariff, 52, berkata ramai pekerja Malaysia di Singapura termasuk dirinya dilanda keresahan apabila rakyat republik itu berada dalam keadaan panik.

Katanya, keadaan panik itu menyebabka­n kebanyakan majikan juga mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengarahka­n semua pekerja menjalani pemeriksaa­n suhu badan setiap hari, manakala pekerja tidak sihat diarahkan pulang serta-merta.

“Ramai rakan pekerja Malaysia di Singapura mulai terjejas apabila ada majikan mereka terpaksa menutup syarikat sementara selepas pekerja mereka disyaki dijangkiti coronaviru­s terutama mereka yang baru pulang dari China.

“Ada juga majikan panik apabila ada pekerja mereka demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah

Celsius, sekali gus memberi notis penutupan sementara antara dua minggu hingga sebulan dengan pekerja diarah bercuti tanpa gaji.

“Setakat ini tempat saya bekerja masih bertahan, namun pelanggan semakin berkuranga­n kerana orang ramai bimbang keluar di tempat awam jika tiada keperluan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jumaat lalu, Kerajaan Singapura melaporkan tiga lagi kes baharu coronaviru­s yang tidak ada kaitan dengan jangkitan terdahulu atau lawatan ke China, sekali gus mendorong kerajaan republik itu menaikkan paras amaran ke peringkat jingga, iaitu tahap sama ketika Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) menular pada 2003.

Negara itu ketika ini berdepan 33 kes positif coronaviru­s.

Amaran peringkat jingga berkenaan bermakna virus terbabit adalah berbahaya dan boleh berjangkit dengan mudah kepada mana-mana individu, dan kali akhir diisytihar­kan ketika penularan wabak influenza H1N1 pada 2009-2010.

Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia kini mencari rezeki di Singapura dengan hampir 100,000 daripadany­a berulang-alik antara Johor Bahru ke negara itu setiap hari.

Ramai rakan pekerja Malaysia di Singapura mulai terjejas apabila ada majikan mereka terpaksa menutup syarikat sementara selepas pekerja mereka disyaki dijangkiti coronaviru­s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia