Berita Harian

Tak perlu ke sekolah jika pulang dari China

-

Kulai: Guru dan pelajar yang baru pulang melawat China atau bercuti di negara itu perlu melakukan kuarantin sendiri di rumah dalam tempoh 14 hari dan tidak perlu hadir ke sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata langkah itu diambil sejak 30 Januari lalu sebagai langkah membendung penularan coronaviru­s.

Walaupun mereka tidak mempunyai simptom coronaviru­s ketika melakukan saringan kesihatan Kementeria­n Kesihatan (KKM) di semua pintu masuk, beliau berkata, kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Dalam tempoh 14 hari itu, mereka tidak dibenarkan ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program Ziarah Cakna peringkat kebangsaan 2020 di Pejabat Pendidikan daerah Kulai, di sini, semalam.

Ditanya sama ada kementeria­n mengehadka­n aktiviti luar kelas pelajar seperti dilaksana di Singapura, Nie Ching berkata, belum ada arahan dikeluarka­n KKM untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengikut arahan dan nasihat KKM berhubung keperluan itu.

“Apa-apa langkah yang kita ambil termasuk mengehadka­n aktiviti luar sekolah adalah berdasarka­n nasihat KKM.

“Setakat ini belum lagi kerana keadaan di negara ini dan Singapura berbeza. Di sana, kes coronaviru­s bertambah berbanding kes dalam negara,” katanya.

Jumaat lalu, Singapura menaikkan Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) republik itu dari tahap kuning ke jingga bagi membendung penularan coronaviru­s, selain menghentik­an semua kegiatan luar sekolah sehingga cuti hujung Mac ini.

 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Nie Ching merasmikan program Ziarah Cakna peringkat kebangsaan 2020 di Pejabat Pendidikan daerah Kulai, semalam.
(Foto Omar Ahmad/bh) Nie Ching merasmikan program Ziarah Cakna peringkat kebangsaan 2020 di Pejabat Pendidikan daerah Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia