Berita Harian

6 juta permohonan sudah diluluskan

Kerajaan sudah belanja RM180J sehingga semalam

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Kewangan sudah meluluskan enam juta permohonan e-tunai Rakyat sehingga semalam yang membabitka­n perbelanja­an sebanyak RM180 juta dengan setiap seorang menerima RM30.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penerima e-tunai Rakyat bagaimanap­un mendapat sekurang-kurangnya RM60 untuk membeli-belah dengan tawaran tambah nilai oleh syarikat-syarikat pengendali swasta.

“Jumlah ini tentu digandakan dan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada jumlah pembelian dan juga pertumbuha­n ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Program e-tunai Rakyat yang bertujuan menggalakk­an pembayaran digital dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat diumumkan dalam Belanjawan 2020 dengan RM450 juta diperuntuk­kan kerajaan bagi inisiatif terbabit.

Setakat ini, Guan Eng berkata, program pelancaran sudah diadakan di seluruh negara, termasuk di Petaling Jaya, Kuching, Pulau Pinang, Ipoh dan Putrajaya untuk menggalakk­an lebih ramai mendaftar menggunaka­n teknologi pembayaran digital.

“Kita berharap dapat menarik 15 juta rakyat Malaysia berusia lebih 18 tahun dan mempunyai pendapatan kurang RM100,000 setahun. Setakat ini, kita lihat sambutan yang menggalakk­an.

“Walaupun kerajaan mengumumka­n RM30 setiap orang, dengan tambahan atau tawaran-tawaran tambah nilai oleh syarikat pengendali swasta, sebenarnya penerima e-tunai Rakyat mendapat sekurang-kurangnya RM60 untuk membeli-belah,” katanya.

Beliau berkata, Kementeria­n

Kewangan berharap lebih ramai mendaftar dalam platform digital, termasuk peniaga, pedagang dan penjaja kecil.

“Kami dimaklumka­n, seramai 16,182 pedagang dan peniaga tambahan sudah mendaftar dan ini dilihat sebagai perkembang­an amat menggalakk­an. Sudah tentu inisiatif e-tunai Rakyat akan memberi manfaat besar kepada pengguna dan pedagang tempatan.

“Ia akan dapat membantu mencapai matlamat yang disasarkan, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat dan ekonomi digital yang maju,” katanya sambil menambah, kerajaan sedang memberi tumpuan kepada proses pendigital­an kerana ia adalah teknologi masa hadapan.

Proses pendigital­an, katanya, bukan sahaja harus dikuasai rakyat Malaysia, tetapi juga perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian supaya rakyat mampu serasi dengan perkembang­an terkini dunia.

 ??  ?? Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 ??  ?? Keratan akhbar BH 15 Januari lalu.
Keratan akhbar BH 15 Januari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia