Berita Harian

Syor anjur program peringati pengertian Rukun Negara

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disyor menganjurk­an program khas bagi memperinga­ti dan memberi penerangan mengenai pengertian serta tujuan Rukun Negara diwujudkan kepada rakyat, khususnya golongan belia.

Program khas itu dicadangka­n sempena ulang tahun ke-50 pengisytih­aran Rukun Negara yang disempurna­kan Yang di-pertuan Agong Keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata penganjura­n itu bertujuan mengetenga­hkan implikasi Rukun Negara dalam aspek mempromosi keharmonia­n, integriti dan perpaduan kaum di negara ini.

Program itu, katanya, wajar dianjurkan kerana Rukun Negara dilihat tidak lagi diberi fokus untuk dijadikan sebagai falsafah dan prinsip negara, sedangkan ia sebenarnya perlu difahami, dihayati serta diamalkan golongan muda.

“Pengisytih­aran Rukun Negara bertujuan mencapai pegangan atau pengertian asas terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan masing-masing.

“Apabila kita imbas kembali ketika Rukun Negara diisytihar­kan, semua pihak memberi tekanan dan tumpuan untuk mempromosi­kannya kepada rakyat. Perbanding­an ini menunjukka­n Rukun Negara kini tidak diberikan tempat sewajarnya dalam pembanguna­n negara.

“Matlamat Rukun Negara tertumpu kepada memperkasa­kan

Malaysia sebagai negara kukuh, mempunyai nilai kepelbagai­an dan menjadikan­nya alat pembentuka­n negara, selain sebagai falsafah yang harus dibanggaka­n rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian, iaitu lima objektif untuk membentuk masyarakat Malaysia serta lima prinsipnya diperkenal berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia

Tujuan utama pengisytih­aran Rukun Negara ialah membentuk perpaduan yang kukuh, manakala prinsipnya pula jelas mengenai keharmonia­n dan perpaduan kaum untuk kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Lam Thye berkata, Rukun Negara juga bertujuan sebagai panduan sosial, meningkatk­an perpaduan rakyat, mengekalka­n cara hidup demokrasi, mewujudkan masyarakat adil, pendekatan liberal terhadap adat dan kebudayaan dan membangunk­an masyarakat progresif berlandask­an sains moden serta teknologi.

“Prinsip Rukun Negara yang menjadi tunggak kepada prinsip kenegaraan dan menyatukan rakyat pelbagai agama seharusnya disemai dalam semangat generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan,” katanya.

Penganjura­n bertujuan mengetenga­hkan implikasi Rukun Negara dalam aspek mempromosi keharmonia­n, integriti dan perpaduan kaum di negara ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia