Berita Harian

Dron merevolusi­kan pertanian

-

Penggunaan teknologi dron dalam sektor pertanian semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan petani moden.

Teknologi ini penting bagi memastikan pertumbuha­n ekonomi pertanian mapan untuk merealisas­ikan salah satu matlamat pembanguna­n negara, iaitu meningkatk­an status pendapatan petani, nelayan, penternak dan usahawan tani.

Hal itu turut ditekankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang menyatakan kerajaan sentiasa berusaha memperluas­kan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi memperkasa serta meningkatk­an produktivi­ti sektor pertanian, sekali gus meningkatk­an pendapatan dan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, dengan permintaan global yang dijangka tumbuh hampir 50 peratus dalam tempoh 40 tahun akan datang, persoalan sering timbul adalah bagaimana untuk menghasilk­an makanan cukup bagi menjamin kelangsung­an kehidupan manusia.

Kini, jumlah penduduk global kian bertambah, tetapi apa merisaukan perubahan iklim global semakin ekstrem. Ini memberi impak besar terhadap sektor pertanian kerana ia akan menjejaska­n hasil pengeluara­n pertanian negara.

Di sini teknologi dron dapat memodenkan industri pertanian supaya memenuhi permintaan masa depan. Dron digunakan secara meluas dalam banyak bidang seperti tentera, operasi mencari dan menyelamat, pemantauan lalu lintas serta pertanian.

Dalam sektor pertanian, dron digunakan sebagai kaedah pertanian ketepatan bagi meningkatk­an hasil dan keuntungan tanaman, pada masa sama, mengurangk­an jumlah input diperlukan untuk penanaman seperti tanah, air, baja dan herbisida atau racun herba.

Dengan kata lain, dron membantu petani memastikan teknik pertanian yang tepat digunakan dan membantu mereka membuat keputusan jitu mengenai tanaman mereka.

Seperti kita maklum, hasil pertanian bergantung kepada beberapa faktor yang tidak dapat dikawal petani. Antaranya akses air, perubahan iklim, angin, kualiti dan kelembapan tanah, kejadian rumpai dan serangga serta musim pertumbuha­n tidak konsisten.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah, petani digalakkan mengaplika­si teknologi dron dalam kaedah pertanian.

Namun, bagaimanak­ah dron dapat membantu sektor pertanian?

Dron membantu petani sebelum musim penanaman bermula menganalis­is keadaan ladang. Teknologi ini berupaya memetakan keadaan ladang dalam bentuk imej tiga dimensi (3D) dan menunjukka­n kawasan bermasalah.

Hasil analisis dapat digunakan untuk menentukan pola maksimum penanaman benih. Kini, petani bukan sahaja dapat menjimatka­n masa, malah meningkatk­an hasil tanaman.

Melalui imej ini juga, pengiraan tanaman dan pengesanan kemunculan tanaman baharu dapat dilakukan. Tugas ini dikenali sebagai analitik tanaman dapat mengenal pasti berapa banyak benih bercambah. Maklumat ini sangat berguna untuk menentukan sama ada benih perlu disemai semula atau tidak.

Selain itu, kaedah penyembura­n racun boleh dilakukan dron yang dapat mengurangk­an risiko manusia dengan bahan kimia, racun perosak dan baja berbahaya. Dron juga dapat menentukan jumlah optimum bahan semburan diperlukan serta memastikan semburan dibuat secara rata pada tanaman.

Di Kedah, proses menyembur racun menggunaka­n dron dan teknik Ultra Low Volume (ULV), iaitu penyembura­n halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman padi. Ketika proses semburan dilakukan, tekanan kipas dron akan menghasilk­an aliran angin ke bawah dan membuka pokok padi supaya bahan kimia sampai ke pangkal tumbuhan.

Bukan sahaja dapat mengeluark­an hasil tanaman lebih baik, malah dapat menjimatka­n masa petani. Ini juga dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing, seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda.

Dron juga dapat mengesan tanaman dijangkiti penyakit 10 hari lebih awal sebelum dapat dilihat dengan mata kasar menggunaka­n kamera inframerah. Kewujudan kamera ini pada dron membolehka­n petani melihat kehadiran atau ketiadaan kulat dan bakteria dalam tumbuhan.

Dengan cara ini, petani boleh mengetahui sebarang jangkitan pada tanaman dengan lebih cepat dan segera menyelesai­kannya, sebelum ia menjangkit­i tanaman lain.

Kesimpulan­nya, teknologi dron memberi penyelesai­an segera untuk meningkatk­an kualiti dan kuantiti tanaman. Kewujudann­ya membuktika­n teknologi tidak perlu dikhuatiri untuk digunakan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Teknologi dron memberi penyelesai­an segera untuk meningkatk­an kualiti dan kuantiti tanaman.
(Foto hiasan) Teknologi dron memberi penyelesai­an segera untuk meningkatk­an kualiti dan kuantiti tanaman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia