Berita Harian

Lokman dipecat, hilang kelayakan dalam barisan MKT UMNO

-

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hilang kelayakan berada dalam barisan kepemimpin­an tertinggi parti itu kerana dipecat.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang merujuk tindakan terhadap Lokman itu sebagai ‘dibuang’ daripada parti, berkata tindakan itu diputuskan ahli MKT selepas dicadang dan diluluskan oleh Biro Politik UMNO, sekali gus menyebabka­n beliau hilang kelayakan sebagai ahli MKT.

MKT UMNO bermesyuar­at petang Jumaat lalu, manakala pada sebelah pagi diadakan mesyuarat Biro Politik parti berkenaan.

“Lokman dalam banyak perkara tidak bercakap benar dan tidak memahami Perlembaga­an UMNO, terutama membabitka­n kedudukan dan bidang kuasa Presiden serta ahli MKT yang dilantik. Dia juga cuba mencipta persepsi, konon Presiden menyalahi kuasa, selain melaga-lagakan Datuk Seri Najib Razak dengan kepemimpin­an tertinggi UMNO.

“Datuk Seri Najib Razak sudah beberapa kali mengatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri semula, justeru Lokman berbohong dan cuba mengeliru dan memberi harapan palsu kepada pengikut beliau,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online, kelmarin.

Jumaat lalu, Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahka­n Lokman dipecat sebagai ahli parti itu atas syor Biro Politik dan bukan atas syor Lembaga Disiplin, manakala Lokman yang tidak hadir mesyuarat berkenaan, mendakwa beliau dipecat melalui ‘proses mengundi angkat tangan’.

Lokman dalam banyak perkara tidak bercakap benar dan tidak memahami Perlembaga­an UMNO, terutama membabitka­n kedudukan dan bidang kuasa Presiden serta ahli MKT yang dilantik. Dia juga cuba mencipta persepsi, konon Presiden menyalahi kuasa.

Annuar Musa, Setiausaha Agung UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia