Berita Harian

Perceraian, kurang mampu antara punca murid tercicir

Kementeria­n mahu pastikan semua pelajar peringkat rendah sambung belajar ke menengah

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran maserah.amran@bh.com.my

Kubang Pasu: Perceraian ibu bapa atau keluarga yang berpecah belah antara punca sebahagian murid sekolah rendah enggan meneruskan pelajaran ke sekolah menengah.

Sebahagian lagi kanak-kanak yang tinggal berhampira­n bandar atau pusat tarikan pelanconga­n pula memilih untuk bekerja pada usia remaja dan meninggalk­an persekolah­an peringkat menengah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata murid daripada keluarga kurang mampu juga mengambil keputusan untuk berhenti sekolah atas alasan mahu membantu ibu bapa mencari nafkah.

Beliau berkata, Kementeria­n Pendidikan itu mahu memastikan tiada lagi murid Tahun Enam tercicir daripada memasuki Tingkatan Satu dan akan memberi sepenuh komitmen terhadap usaha sifar murid keciciran.

“Tahun ini, kita mahu atasi keciciran yang berlaku ketika transisi seperti Tahun Enam ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat.

“Ada pelajar yang ingin menolong ibu bapa mencari nafkah, kurang berkemampu­an, selain keluarga berpecah belah antara faktor berlakunya keciciran dalam kalangan murid.

“Selalunya, pelajar di kawasan bandar besar dan tempat pelanconga­n lebih mudah mencari pekerjaan. Mereka tak tunggu sehingga habis sekolah,” katanya selepas menghadiri Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2020 di Kampung Pering, di sini, semalam.

Terdahulu, Habibah turut menziarahi dua keluarga kurang berkemampu­an dan menyerahka­n bantuan barang keperluan dan bahan pembelajar­an.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Ziarah Cakna berperanan memperluas konsep penyayang dan memperkuku­h hubungan antara sekolah, ibu bapa dan penjaga.

“Program ini dapat mewujudkan budaya baharu lebih positif demi kemenjadia­n murid.

“Selain itu, pelbagai intervensi dilaksanak­an jabatan dan agensi kerajaan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi murid kurang bernasib baik supaya mereka berpeluang mendapat pendidikan sewajarnya,” katanya.

Tahun ini, kita mahu atasi keciciran yang berlaku ketika transisi seperti Tahun Enam ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia