Berita Harian

Produk inovasi SMKPA menang lagi

-

Kuala Terengganu: Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam (SMKPA) sekali lagi mengharumk­an nama negara apabila memenangi emas pada Pertanding­an Pameran Harta Intelek, Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa di Bangkok, Thailand, Jumaat lalu.

Kemenangan menerusi produk inovasi Penapis Air untuk Rawatan Sisa Industri Batik atau Pads Clay For Dyes Treatment Water Treatment itu mengetepik­an 2,000 penyertaan dari 22 negara yang bertanding bagi merebut pengiktira­fan dalam kategori alam sekitar.

Pengetuany­a, Mohd Talib Abdul Wahab, berkata projek yang turut dibantu pensyarah kejurutera­an Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Dr Abdul Rahman Hassan serta ketua projek, Wan Salasiah Wan Sulaiman dan Fauziah Md Nor itu menjadikan SMKPA sebagai sekolah harian biasa pertama meraih kejayaan berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini produk inovasi itu menang empat anugerah utama dalam pertanding­an 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2019) di Romania.

“Kali ini kejayaan sama berulang di Bangkok seterusnya memberi keyakinan kepada sekolah ini untuk menjadikan produk SMKPA pertama dipasarkan untuk kegunaan industri.

“Alhamdulil­lah, syarikat pengeluar batik terbesar di Terengganu, Noor Arfa Batik menyatakan minat dan menjalinka­n kerjasama dengan kami,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, semalam.

Mohd Talib berkata, produk berkenaan akan disediakan mengikut kesesuaian bagi kegunaan industri yang bersaiz lebih besar.

“Sebanyak 98.3 peratus kotoran iaitu sisa pewarna batik dapat disingkirk­an menggunaka­n alat ini, berbanding ciptaan pertama hanya pada 93 peratus pada 2018.

“Bukan saja sesuai digunakan untuk penyingkir­an sisa pewarna batik, tetapi boleh digunakan untuk merawat air sungai tercemar dan sisa kumbahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Inovasi SMKPA, Abi Aamar, berkata dia bersama rakannya tidak menjangka akan memenangi emas kerana pertanding­an itu disertai sekolah terbaik dari seluruh negara.

“Rasa berbaloi apabila produk dicipta hanya menggunaka­n bahan buangan semula jadi tempatan berjaya meraih emas,” katanya.

Katanya, dia dan rakan kumpulan sedang membuat persiapan dan menambahba­ik ke atas produk terbabit dalam misi mengharumk­an nama sekolah, negeri dan negara ke Pertanding­an Inovasi Dunia di Geneva, Switzerlan­d pada Mac ini.

 ?? (Foto Ahmad Rabiul Zulkifli /BH) ?? Mohd Talib (kiri) bersama kumpulan inovasi menunjukka­n bahan digunakan oleh Penapis Air untuk rawatan sisa industri batik yang mendapat pingat emas pada Pertanding­an Pameran Harta Intelek, Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa di Bangkok, Thailand, Jumaat lalu.
(Foto Ahmad Rabiul Zulkifli /BH) Mohd Talib (kiri) bersama kumpulan inovasi menunjukka­n bahan digunakan oleh Penapis Air untuk rawatan sisa industri batik yang mendapat pingat emas pada Pertanding­an Pameran Harta Intelek, Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa di Bangkok, Thailand, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia