Berita Harian

Dua beranak edar dadah sejak lima tahun terbongkar

-

Johor Bahru: Aktiviti pengedaran dadah yang dipercayai dilakukan dua beranak sejak lima tahun lalu, akhirnya terbongkar selepas mereka ditahan di kediamanny­a di Muar, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata wanita berusia 46 dan anak lelakinya yang berumur 26 tahun ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tangkak, Muar dan Segamat, kira-kira jam 3.40 petang.

Katanya, serbuan pihak polis ke atas rumah berkenaan turut menemui syabu seberat 21.8 kilogram bernilai RM1.09 juta dan turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Hasil maklumat risikan didapati kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak lima tahun lalu.

“Hasil saringan air kencing ke atas suspek lelaki berkenaan mendapati positif dadah methapetam­ine dan turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek wanita pula tidak memiliki rekod lampau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Menurut Mohd Kamarudin, kedua-dua suspek sudah dimohon reman tujuh hari bermula 6 hingga 12 Februari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Kamarudin memaklumka­n 1,846 sudah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah oleh JSJN Johor dari 1 Januari hingga 6 Februari lalu.

“Dalam tempoh yang sama, 225 kilogram dadah bernilai RM3.54 juta telah dirampas. Turut disita adalah harta bernilai RM1.46 juta,” katanya.

Serbuan pihak polis ke atas rumah berkenaan turut menemui syabu seberat 21.8 kilogram bernilai RM1.09 juta dan turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia