Berita Harian

Pegawai kesihatan, penolong akauntan hadapi 49 tuduhan

-

Johor Bahru: Seorang pegawai kesihatan daerah dan penolong akauntan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 49 pertuduhan bersubahat mengemukak­an baucar tuntutan palsu berjumlah RM807,816.27 antara 2015 hingga 2016.

Dr Zaharah Mohd Salleh, 59, yang juga Pegawai Kesihatan Daerah di Pejabat Kesihatan Daerah Ledang dan penolong akauntan, Noor Shazriena Miskam, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Dr Zaharah dituduh mengemukak­an baucar bayaran palsu RM807,816.27 kepada Kementeria­n Kesihatan bagi pembekalan barangan membabitka­n lima syarikat.

Noor Shazriena dituduh bersubahat bersama Dr Zaharah mengemukak­an baucar bayaran palsu RM807,816.27 kepada Kementeria­n Kesihatan sebagai bayaran pembekalan barangan membabitka­n lima syarikat.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kesihatan Ledang, Segamat antara Mac 2015 sehingga November 2016.

Dr Zaharah didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala Noor Shazriena didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama.

Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda atau nilai butir matan palsu atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Suhaili Sapun, menawarkan jaminan RM100,000 seorang kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanap­un, peguam Dr Zaharah, Gan Seong Kim, memohon mahkamah menetapkan jaminan rendah berikutan anak guamnya disahkan menghidap kanser kolon sejak Mac tahun lalu menyebabka­nnya uzur dan terpaksa berkerusi roda, di samping masih menjalani rawatan kemoterapi.

Peguam Noor Shazriena, Siti Haslina Hasbullah, turut memohon jaminan rendah berikutan anak guamnya menanggung lima anak yang masih kecil.

Mahkamah memerintah­kan jaminan RM50,000 terhadap Dr Zaharah, manakala Noor Shazriena, diperintah membayar RM60,000 wang jaminan, masing-masing dengan seorang penjamin.

Hakim turut memerintah­kan pasport antarabang­sa kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Sebutan kes ditetapkan pada 15 Mac ini.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Zaharah (berkerusi roda) dan Noor Shazriena didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Zaharah (berkerusi roda) dan Noor Shazriena didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia