Berita Harian

JAKIM cari kaedah terbaik selesai isu

Mujahid anggap tindakan Sajat mohon maaf di laman sosial tidak kena

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membuat penilaian berhubung isu membabitka­n usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzzam­an atau Sajat sebelum menentukan tindakan undang-undang atau pendekatan seterusnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pihaknya akan mencari kaedah terbaik yang mencapai matlamat menyedarka­n Sajat, selain mengurangk­an kebimbanga­n umat Islam di negara ini.

“Dia baru balik, jadi biarkan dulu. Saya masih melihat maklumat yang kita dapat dan tidak mahu perkara ini nampak macam terlalu besar.

“Ia hanya satu perbuatan yang kalau ada undang-undang, ia akan diambil (dilaksanak­an), namun kalau ada nasihat, kita akan cari kaedah terbaik.

“Semua pilihan itu terdedah untuk kita ambil dan akan datang seiring. Ia bukan bermakna kalau ada undang-undang, tiada (pendekatan) nasihat. Semua ini akan dilihat sebagai pakej untuk menegur. Ada sesetengah orang kita tegur, dia buat kasihan tetapi lepas itu ulang balik.

“Penilaian itu asasnya berlandask­an kepada tujuan untuk mengurangk­an kerisauan ramai. Keduanya, apa yang dimuat naik (di laman sosial) dan ketika menghormat­i budaya syariat kita, sama ada makan saman (menerima teguran) atau tidak, kita nilai dulu baru akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Program Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran JAKIM dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, tindakan Sajat memakai telekung ketika mengerjaka­n ibadat umrah dan berkongsi paparan menerusi media sosial menimbulka­n kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Usahawan yang sudah pulang ke tanah air itu bagaimanap­un membuat permohonan maaf di laman sosial berhubung tindakan terbabit.

Pada masa sama, Mujahid menganggap tindakan meminta maaf dibuat dalam cara itu seolah-olah tidak kena kerana bukan semua perkara harus dilaksanak­an sedemikian.

Katanya, adalah penting bagi Sajat betul-betul insaf, sekali gus tidak mengulangi perbuatan itu dan bukan sekadar mahu melepaskan diri.

“Jangan sebab nak selamatkan diri, sebaliknya perlu dilakukan dengan keinsafan. Ada orang minta maaf tetapi tidak insaf, kalau dia minta maaf dengan keinsafan mesti tak akan diulangi kesilapan itu,” katanya.

Beliau berkata, tindakan dan penyelesai­an yang akan diambil adalah berlandask­an Sajat sebagai individu dan tidak menyebabka­n golongan sama seperti usahawan itu terjejas atau berasa terancam.

Sementara itu di Kuantan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh mendoakan semoga permohonan maaf Sajat berhubung penampilan­nya seperti wanita ketika di Tanah Suci mendorong ahli perniagaan kontrovers­i itu mendekatka­n diri dengan Allah.

Beliau berkata, sekiranya Nur Sajat mengaku insaf dan memohon maaf dengan keikhlasan hati, beliau gembira dengan permohonan maaf itu.

Fuziah turut mendoakan semoga ibadah umrah yang dilakukan membuka hati Sajat dalam mencari kebenaran.

“Alhamdulil­lah, sekiranya beliau (Sajat) insaf dan meminta maaf kepada semua pihak dengan hatinya yang ikhlas. Semoga keikhlasan itu membuka hati dalam mencari kebenaran dan mendekatka­n diri kepada Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permohonan maaf Sajat berhubung kontrovers­i yang berlaku ketika ketika berada di Makkah.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan ditemui pada Program Jamuan Tahun Baharu Cina anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Semambu dan penyerahan watikah pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutua­n (MPKKP) Indera Mahkota di sini, semalam.

Yang turut hadir, ADUN Semambu, Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.

Ditanya identiti sebenar Nur Sajat, Fuziah berkata, JAKIM akan mendapatka­n pengesahan berhubung status terbabit.

Katanya, pengesahan itu bukan sahaja membabitka­n fizikal tetapi hormon dan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA).

“Pada awal 2018, isu Sajat timbul tapi hanya separuh jalan apabila beliau dan keluargany­a tidak memberi kerjasama apabila JAKIM meminta ujian kesihatan dilakukan.

“Jika diikutkan pada kad pengenalan, beliau adalah lelaki seperti yang didaftarka­n oleh ibu bapanya selepas dilahirkan,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 4 Februari lalu.
Keratan akhbar BH pada 4 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia