Berita Harian

Khidmat pendamping guaman kurang sambutan

Perkhidmat­an bantu kanak-kanak mangsa jenayah seksual tak diketahui ramai

- Oleh Halina Mohd Noor dan Nor Hatina Shuib bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Khidmat pendamping guaman disediakan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kurang mendapat sambutan dalam kalangan kes membabitka­n jenayah kanak-kanak walaupun sudah diperkenal­kan sejak dua tahun lalu.

Ketua Pengarah JBG, Siti Salwa Musa, berkata tidak sampai 10 kes yang dibawa ke mahkamah menggunaka­n perkhidmat­an pendamping guaman untuk membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa bagi dalam kesalahan jenayah seksual, sejak Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 diperkenal­kan.

Katanya, pendamping guaman berfungsi menasihati penjaga atau pelindung bagi mendamping­i individu yang dibantu untuk prosiding mahkamah dan bercakap bagi pihak mereka sekiranya diperlukan.

Bagaimanap­un, kebanyakan saksi menolak perkhidmat­an itu walaupun pada awalnya menerima kehadiran pegawai pendamping guaman.

“Kita sudah sediakan, tetapi tidak dapat menerima perkhidmat­an itu sedangkan ia penting dalam membantu kanak-kanak berdepan prosiding mahkamah.

“Pihak JBG kurang pasti apakah punca perkhidmat­an ini kurang mendapat sambutan. Mungkin juga saya berasakan khidmat pendamping guaman kurang diketahui ramai.

“Selain itu, keengganan mereka mungkin disebabkan pengaruh orang lain yang tidak mahu ‘orang luar’ campur tangan dalam kes membabitka­n mangsa.

“Sepatutnya pendamping ini boleh menasihat penjaga atau pelindung atau membantu bercakap bagi pihak mangsa jika perlu kerana sesetengah mereka tidak tahu prosiding mahkamah,” katanya kepada BH.

Pendamping guaman dilantik dalam kalangan pegawai JBG termasuk ketua cawangan dan pembantu pegawai undang-undang yang bertugas di 22 cawanganny­a di seluruh negara.

Selain itu, panel peguam yang dilantik oleh ketua pengarah JBG juga boleh menjadi pendamping guaman.

Siti Salwa berkata, perkhidmat­an pendampin guaman adalah pelengkap kepada usaha dan komitmen kerajaan untuk melindungi hak serta kepentinga­n kanak-kanak khususnya mangsa jenayah seksual.

“Pendamping juga berperanan menasihat penjaga atau pelindung kepada mangsa mengenai perkara yang berkaitan dengan sebarang kes sivil,” katanya.

Permohonan untuk mendapatka­n pendamping guaman boleh dibuat pada bila-bila masa selepas membuat laporan polis, dengan mengisi borang disediakan dan membekalka­n beberapa maklumat penting kepada JBG seperti penyata gaji, perakuan majikan, laporan polis dan dokumen berkaitan.

“Kanak-kanak yang menjadi mangsa kesalahan jenayah seksual dan berumur di bawah 18 tahun dan warga negara ini saja layak mendapat perkhidmat­an pendamping guaman.

“Kesalahan jenayah bermaksud rogol, liwat dan perlakuan seksual yang diperuntuk­kan dalam mana-mana undang-undang bertulis,” katanya.

Pendamping guaman berfungsi menasihati penjaga atau pelindung bagi mendamping­i individu yang dibantu untuk prosiding mahkamah dan bercakap bagi pihak mereka sekiranya diperlukan.

Siti Salwa Musa, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia