Berita Harian

Usah jadikan Tanah Suci, tempat ukur dosa, pahala

Menghakimi baik, buruk seseorang dengan balasan diterima dikhuatiri rosakkan akidah

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Salah tanggapan sebahagian umat Islam khususnya yang mahu atau sudah mengerjaka­n haji dan umrah bahawa Makkah serta Madinah sebagai ‘tempat’ mengukur dosa dan pahala perlu diperbetul­kan.

Ia bukan sahaja boleh mengundang pelbagai implikasi negatif, bahkan dapat memberikan kesan kepada akidah dan keyakinan.

Bagi mereka yang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci, dikhuatiri niat asal menjadi tetamu Allah SWT semata-mata beribadah kepada-nya akan turut tersasar.

Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Meeftah Anuar, berkata tidak semestinya setiap balasan sama ada baik atau buruk akan menimpa kepada umat Islam yang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

“Ini tidak menafikan ada berlaku ujian baik mahupun buruk yang menimpa mereka yang mengerjaka­n ibadat di Tanah Suci.

“Bagaimanap­un, kita perlu meyakini balasan Allah SWT tidak berlaku di tempat tertentu dan tidak semestinya dalam bentuk musibah,” katanya kepada BH.

Mohd Meeftah berkata, perbuatan yang menghakimi dosa atau pahala seseorang Muslim terhadap apa yang menimpa mereka di kedua-dua Tanah Suci itu, amat dibimbangi kerana boleh merosakkan akidah.

“Ujian dalam bentuk perkara yang baik atau buruk boleh berlaku di Tanah Suci dalam kalangan mereka yang dipilih Allah SWT.

“Dengan itu, mereka yang diuji di sana boleh memperbetu­lkan kesilapan dan bertaubat terus kepada Allah SWT.

“Bagaimanap­un, jangan pula sibuk menghakimi kerana Tanah Haram bukan tempat untuk mengukur sejauh mana dan seberapa banyak dosa mahupun pahala yang kita miliki,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohd Meeftah mengingatk­an larangan tidak mencemari Tanah Suci dengan perbuatan keji banyak disebut Rasulullah SAW dalam hadis muktabar.

Sayidina Ali Abu Talib diriwayatk­an berkata: “Kami tidak mempunyai apa-apa kecuali kitab Allah dan sahifah Nabi yang berisi: “Madinah ialah tempat suci antara gunung ini dan Gunung Thur. Sesiapa yang membuat ajaran baharu di dalamnya atau memberikan perlindung­an bagi pembuat ajaran baharu itu, maka dia berhak menerima laknat Allah, laknat malaikat dan laknat semua orang. Selain itu, orang itu tidak akan diterima taubat dan fidyahnya.” (HR Bukhari)

Beliau berkata, terdapat golongan manusia yang tidak menerima azab setimpal di dunia, namun tidak akan terlepas balasan di akhirat kelak.

“Jangan sesekali kita fikir balasan Allah SWT itu dalam bentuk musibah sahaja.

“Dikurniaka­n nikmat dan rezeki melimpah ruah sehingga menyebabka­n seseorang itu semakin jauh daripada Allah SWT juga satu bentuk azab dipanggil istidraj.

“Ini yang dimaksudka­n dengan nikmat membinasak­an, ia adalah azab paling berbahaya kerana seseorang itu sukar untuk meninggalk­an dosa dan maksiat yang dilakukann­ya,” katanya.

Menurut Mohd Meeftah, mereka yang ditimpa nikmat istidraj ini memperoleh kesenangan dunia, tetapi pada hakikatnya kehilangan kasih sayang Allah SWT apabila tidak lagi menerima teguran atau ujian untuk membawanya kembali kepada jalan kebenaran.

“Justeru, setiap umat Islam perlu tahu membezakan nikmat yang diperoleh. Jika ia mendekatka­n kita kepada Allah SWT, maka ia nikmat yang baik.

“Sebaiknya muhasabah diri, sentiasa tanamkan bahawa setiap daripada kita adalah pendosa supaya dijauhkan daripada kelalaian.

“Tidak perlu tunggu seru untuk sampai ke Tanah Suci, walau di mana sahaja kita berada sentiasala­h memperbany­akkan taubat, istighfar dan berzikir,” katanya.

Allah SWT berfirman: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang diperingat­kan mereka dengannya; Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasak­an), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolonga­n).” Ketika mereka berada di ambang kematian, rohnya akan tersekat-sekat, para malaikat memukul-mukul tangannya dengan sekuat-kuatnya untuk mengeluark­an roh daripada jasadnya.” (Al-an’am: 44)

Beliau turut menasihati masyarakat yang diuji dengan nikmat kesenangan, kesihatan dan rezeki melimpah ruah supaya tidak sesekali memandang remeh terhadap musibah yang berlaku terhadap orang lain apatah lagi pada zaman yang penuh fitnah ini.

“Zaman sahabat Nabi SAW dahulu, jika ada antara mereka yang berbuat dosa, maka akan terus mendapat balasan Allah SWT.

“Berbeza dengan zaman sekarang, tidak ada kesan bagi mereka yang melakukan dosa, termasuk jika ia dilakukan di Tanah Haram,” katanya.

Justeru, katanya, usah sesekali mengutuk atau mengeji orang yang dilanda musibah.

Sebaliknya, berikan sokongan dan cari jalan untuk bantu supaya musibah yang ditimpa seseorang hamba Allah SWT itu tidak menjauhkan­nya dengan-nya.

Tidak semestinya setiap balasan sama ada baik atau buruk akan menimpa kepada umat Islam yang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

Mohd Meeftah Anuar, Penolong Pengarah Kanan, JAWHAR, JAKIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia