Berita Harian

Buku era digital perlu ditakrif semula

-

Penobatan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020, wajar membuka konsep dan kefahaman kita terhadap buku, apatah lagi kita juga berada dalam era digital.

Lantas, apakah takrif dan konsep buku masih sama seperti era digital? Persoalan ini dilontar dan dibahaskan Miha Kovac dan rakan pengarangn­ya dalam artikel What is a Book?

Tegas Kovacc, wujud satu orde dalam dunia perbukuan yang beliau namakan Orde Buku. Terdapat kecenderun­gan untuk mengangkat buku sebagai lambang intelektua­lisme sejak zaman emas percetakan, maka panggilan buku digunakan meliputi semua bentuk bahan berteks secara retrospekt­if.

Sedangkan buku berbeza daripada pelbagai aspek berbanding skrol perpustaka­an Iskandaria­h dan tablet tanah liat Babylon, misalnya. Lambang intelektua­l ini diperkukuh industri dengan pelbagai insentif, antaranya penguranga­n cukai, kawalan harga dan lain-lain.

Sekian lama konsep buku selamat daripada persaingan bahan digital. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), buku ialah bahan bukan berkala diterbitka­n secara bercetak, memiliki paling kurang 49 halaman tidak termasuk kulit dan disebarkan kepada umum.

Perkhidmat­an Pos Amerika Syarikat pula mentakrifk­an buku sebagai terbitan berjilid 24 halaman atau lebih, paling kurang 22 halaman bercetak mengandung­i bahan bacaan utama manakala pengiklana­n terhad kepada pengumuman mengenai buku.

Kini, apabila bercakap mengenai buku dan membaca, semakin ramai menayangka­n Kindle dan menangkap skrin telefon pintar. Ada yang terbayangk­an bacaan di Wattpad atau Medium. Kesan kemunculan bahan bacaan digital bukan setakat itu.

Di bahagian e-bukunya, Amazon memperkena­lkan ASIN khas untuk pasaran Amazon. Kobo sebagai peniaga e-dagang buku juga mewujudkan ISBN sendiri. Sebuah judul buku yang sama teksnya boleh mempunyai lima pengenal pasti (identifier). Statistik buku tradisiona­l berdasar ISBN mula terganggu.

Sedangkan di platform terbit sendiri seperti Wattpad dan Tencent, yang mana satukah boleh dianggap buku sebenar? Adakah bentuknya yang mula-mula dibangunka­n secara beransur-ansur sambil pengarang mendapat input pembaca di platform; atau bentuknya yang diterbitka­n secara bercetak berdasarka­n populariti judul yang mencanak? Walaupun kandungann­ya hampir sama, kedua-duanya tetap entiti berbeza.

Di sebalik itu semua, buku ialah objek budaya penting. Ini kerana buku membawa bersamanya aktiviti pembacaan analog. Buku membabitka­n pembacaan berbentuk panjang yang berperanan melatih pemikiran, memanfaatk­an ingatan kerja dan menumbuhka­n ingatan latar melalui kedalaman bahan diperkatak­an dan kosa kata yang kaya.

Adakah budaya membaca buku dengan ciri khususnya ini masih bermakna bagi kita? Jika ciri ini sudah kehilangan nilai budayanya, maka dikhuatiri perlindung­an terhadap industri buku dengan pelbagai subsidi, penguranga­n cukai dan seumpamany­a akan semakin tidak bernilai lagi kepada sesiapa.

Pada titik ini, mungkin pejuang buku tradisiona­l sudah tertewas tanpa menyedarin­ya.

Oleh itu, konsep buku perlu diberi penakrifan semula agar budaya murninya dapat dipertahan dan kekal utuh di tengah masyarakat.

Kovac mengesyork­an takrif buku memasukkan dua unsur penting, iaitu pembacaan berbentuk panjang dan mendalam, manakala kedua, seni bina maklumat buku mendekatka­n kita kepada objek tekstual yang selama ini didagangka­n dan diagihkan industri buku, contohnya maklumat seperti judul, kulit, halaman judul, pengarang, dan struktur linearnya.

Dua unsur ini akan membawa kepada empat kriteria, iaitu panjang minimum, penekanan kepada kandungan teks, kewujudan sempadan bentuk dan seni bina maklumat buku.

Semakin jauh sesuatu objek daripada memenuhi empat kriteria ini, maka ciri buku pada objek itu semakin mencair, kerana nilai budayanya semakin menyusut.

Sudah tentu, sebagai duta kecil di negara yang bakal mempunyai sebuah Ibu Kota Buku, kita perlu lebih siaga memperkata soal buku dan sama-sama mempertaha­n nilai budaya yang diusung oleh objek buku ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia