Berita Harian

Gelanggang puisi satukan penyair Rohingya, Myanmar

-

Yangon: Dipisahkan oleh kebencian tetapi disatukan atas kata-kata, penyair Muslim Rohingya di kem pelarian Bangladesh, menyertai pemuisi beragama Buddha di Myanmar pada festival puisi buat julung kali diadakan.

‘Kehadiran’ lima penulis Rohingya itu dalam bentuk maya apabila menggunaka­n saluran video pada acara puisi untuk Kemanusiaa­n di Yangon.

Tiga daripada mereka turut berucap dalam bentuk rakaman kerana bimbang masalah sambungan internet

Mereka mendapat tepukan gemuruh ketika membacakan puisi mengenai pertumpaha­n darah yang memaksa ratusan ribu warga Rohingya terpaksa melarikan diri dari kampung halaman di utara Rakhine, juga terhadap daya tahan mereka.

Antara penyair membacakan puisi ialah penulis, Mayyu Ali yang mendeklama­sikan karyanya, Kata-kataku.

“Kata-kataku lebih tinggi daripada tembok yang memisahkan antara penganut Buddha dengan Muslim. Kata-kataku lebih kuat daripada kebencian yang dibina untukku,” katanya.

Beliau terpaksa melarikan diri bersama keluarga ke kem pelarian di Bangladesh dan berjaya mengumpulk­an kira-kira 150 pelarian yang mempunyai minat kepada puisi.

“Saya mahu menunjukka­n kepada orang Burma bahawa Rohingya juga warga yang sama. Kami juga menyintai Myanmar,” katanya kepada AFP.

Sebelum ini, golongan penyair turut menerima tekanan daripada bekas junta tentera. Kini, penulis muda menghidupk­an seni sebagai bentuk penentanga­n terhadap kerajaan awam dipimpin Aung San Suu Kyi yang mempertaha­nkan tindakan keras terhadap Rohingya.

Festival itu dianjurkan ketika sensitivit­i memuncak terhadap krisis melanda negara berkenaan.

Mahkamah Keadilan Antarabang­sa memutuskan bahawa bukti cukup untuk meneruskan dakwaan terhadap tindakan penghapusa­n bangsa Rohingya oleh Myanmar dan mengarahka­n negara itu untuk mematuhi langkah segera bagi melindungi kaum minoriti.

Kira-kira 740,000 warga Rohingya menjadi pelarian kerana mengelak tindakan keras tentera pada 2017 yang didakwa membunuh ribuan orang.

Bagaimanap­un kejadian menimpa golongan minoriti itu, hanya mencetuska­n sedikit perasaan simpati dalam kalangan majoriti rakyat Myanmar hingga perkataan Rohingya dianggap taboo.

Sementara itu, penganjur festival berkenaan, Maung Saungkha yang dipenjara selama enam bulan pada 2016 kerana menulis puisi kritikan terhadap bekas presiden berkata, mengakui kalimah Rohingya ialah langkah pertama untuk mengelak daripada lebih banyak pencabulan hak asasi manusia.

“Kami harap rakyat akan belajar mengenai persamaan hak asasi dan cara berinterak­si dengan orang berlainan dalam cara penuh kemanusiaa­n,” katanya.

Seramai 40 penyair dari seluruh negara, mendeklama­sikan puisi pelbagai bahasa termasuk bahasa Burma tetapi memberi tumpuan untuk berhubung semula dengan golongan minoriti Muslim yang terpinggir.

Kata-kataku lebih tinggi daripada tembok yang memisahkan antara penganut Buddha dengan Muslim. Kata-kataku lebih kuat daripada kebencian yang dibina untukku.

Mayyu Ali, Penulis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia