Berita Harian

Pandang serius pertambaha­n korban nahas

- Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN)

Statistik kemalangan jalan raya, terutama membabitka­n kematian yang meningkat setiap tahun di sebalik pelbagai usaha pencegahan dilakukan kerajaan, perlu dipandang serius semua pihak.

Dengan komitmen kerajaan melalui penetapan serta pelaksanaa­n dasar, selain usaha penguatkua­saan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), bilangan kemalangan sepatutnya semakin berkuranga­n.

Bagaimanap­un keadaan sebaliknya berlaku. Ia menyebabka­n ramai anak kecil menjadi yatim piatu, ibu bapa kehilangan anak selain keluarga yang hidup selesa menjadi miskin secara tiba-tiba apabila kehilangan tempat bergantung akibat kemalangan jalan raya.

Pemerhatia­n dan kajian mendapati, bilangan kemalangan terus meningkat setiap tahun disebabkan ramai rakyat Malaysia sendiri belum dapat membudayak­an aspek keselamata­n jalan raya.

Pelbagai kempen dibuat, penguatkua­saan juga dipertingk­at terutama menjelang musim perayaan, namun kita tidak melihat keadaan semakin baik kerana kemalangan terus berlaku.

Antara punca utama sikap pengguna jalan raya sendiri. Kita belum membudayak­an keselamata­n jalan raya yang menjadi aspek paling penting jika kita mahu menurunkan statistik ini.

Sebagai pengguna, kita perlu menjadikan keselamata­n jalan raya cara hidup dan budaya kita. Kita perlu terapkanny­a kepada anak yang masih kecil supaya mereka menjadi pengguna jalan raya yang mementingk­an keselamata­n apabila dewasa.

Kita sendiri perlu menitikber­atkan pematuhan undang-undang. Jika kita ambil mudah aspek ini, anak-anak yang melihat akan terbiasa dan membesar menjadi pengguna jalan raya yang tidak peduli mengenai keselamata­n.

Jika sikap kita tidak berubah, bilangan kemalangan akan terus meningkat saban tahun tidak kira sehebat mana pun kempen keselamata­n dan penguatkua­saan dijalankan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, mengumumka­n statistik Ops

Selamat 16/2020 Tahun Baru Cina yang berlangsun­g 14 hari, merekodkan 23,208 kemalangan. Ia meningkat 2,379 kes atau 11 peratus berbanding 20,829 kes pada Op Selamat 14, tahun lalu.

Beliau menegaskan kematian meningkat enam peratus iaitu 230 kes tahun ini berbanding 216 kes pada tahun lalu, manakala kemalangan maut merekodkan peningkata­n sembilan kes berbanding 197 pada tahun lalu. Pengguna motosikal penyumbang angka korban tertinggi iaitu 147 kematian, diikuti pengguna kereta yang merekodkan 52 kematian.

Jadi kita nasihatkan pengguna jalan raya hargailah nyawa dan sentiasa mengingati orang tersayang terutama keluarga.

Ingatlah apabila kemalangan berlaku, banyak kesengsara­an turut berlaku. Kita perlu sedar, sudah tiba masanya rakyat Malaysia benar-benar berazam menjadikan keselamata­n jalan raya sebagai budaya dan cara hidup demi kebaikan semua pihak.

Pengguna jalan raya dinasihatk­an tidak memandu dengan laju atau di bawah pengaruh dadah dan alkohol kerana ia akan menyebabka­n berlakunya kemalangan.

Banyak kemalangan berlaku di jalan bandaran, justeru pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa meningkatk­an penyelengg­araan laluan bagi memastikan keadaan jalan raya sentiasa dalam keadaan baik.

Kita dapati, budaya penyelengg­araan jalan masih lemah dalam kalangan PBT, justeru pihak berkenaan perlu memainkan peranan dalam mengurangk­an risiko kemalangan.

 ??  ?? Ops Selamat diharap dapat mengurangk­an kadar kemalangan pada setiap musim perayaan.
Ops Selamat diharap dapat mengurangk­an kadar kemalangan pada setiap musim perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia