Berita Harian

Bank Rakyat tubuh 9 Pusat PKS tingkat akses pinjaman

Sasar portfolio segmen sumbang RM5 bilion jumlah pembiayaan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Rakyat menyasar portfolio perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menyumbang sehingga RM5 bilion kepada jumlah pembiayaan keseluruha­nnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Rosman Mohamed, berkata bagi mencapai sasaran berkenaan, institusi perbankan koperasi Islam terbesar Malaysia itu akan mewujudkan sembilan Pusat PKS di seluruh negara bagi meningkatk­an akses golongan usahawan berkenan kepada pembiayaan Bank Rakyat.

Katanya, buat masa ini usahawan PKS hanya memiliki akses untuk berurusan dengan Bank Rakyat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, sekali gus mengehadka­n capaian perbankan itu untuk menawarkan perkhidmat­an lebih komprehens­if kepada golongan sasar di luar ibu kota.

“Ketika ini, portfolio pembiayaan PKS berjumlah RM300 juta dan ia dilihat masih rendah berbanding pembiayaan koperasi yang mencecah RM2.5 bilion dan pembiayaan peribadi RM56 bilion.

“Kita dan PKS berdepan kesukaran untuk bekerjasam­a disebabkan isu logistik, namun dengan penubuhan Pusat PKS di semua wilayah di seluruh negara akan meningkatk­an capaian kami,” katanya ketika ditemui BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jumlah pembiayaan yang disalurkan Bank Rakyat berjumlah RM79 bilion dengan 80 peratusnya atau sekitar RM56 bilion disumbangk­an oleh produk pembiayaan peribadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.5 bilion disumbangk­an oleh pembiayaan koperasi, manakala RM2.5 bilion lagi oleh sektor korporat termasuk PKS.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, bagi Bank rakyat menyasarka­n tiga atau empat Pusat PKS di buka dengan dua daripadany­a di Kuala Lumpur dan Selangor pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, Pusat PKS yang akan diwujudkan akan diuruskan kakitangan yang memiliki kebolehan dan kepakaran dalam memberi nasihat kepada PKS dari segi pembiayaan untuk mengembang­kan lagi perniagaan.

“Proses pembiayaan PKS memerlukan penelitian yang berbeza berbanding pembiayaan peribadi. Mereka tidak hanya memerlukan pembiayaan, malah bimbingan dan nasihat bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar,” katanya.

Mengenai perancanga­n jangka panjang PKS, beliau berkata, Bank Rakyat akan membantu pelanggan PKS yang menerima pembiayaan­nya untuk disenaraik­an di Pasaran LEAP Bursa Malaysia.

Bagi tujuan itu, katanya, bank koperasi Islam antara 10 terbesar di dunia itu bekerjasam­a dengan Bursa Malaysia bagi tujuan penyenarai­an sekali gus dapat membantu usahawan meningkatk­an modal mengembang­kan perniagaan.

“Kita nak bantu PKS dengan pembiayaan, nasihat dan bimbingan untuk membolehka­n mereka berjaya dan disenaraik­an di Bursa Malaysia.

“Buat masa ini, kami sudah mengenal pasti dua hingga tiga syarikat yang memiliki potensi untuk disenaraik­an. Bermula tahun hadapan, akan ada dua syarikat disenaraik­an di Pasaran LEAP.

“Sasaran kami adalah membantu dua syarikat setiap tahun,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkina­n penyenarai­an Bank Rakyat di Bursa Malaysia, Rosman berkata, ia tiada dalam perancanga­n bank itu buat masa ini kerana tertakluk dengan akta tertentu sebagai bank koperasi.

Mereka tidak hanya memerlukan pembiayaan, malah bimbingan dan nasihat bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.

 ??  ?? Rosman Mohamed,
Rosman Mohamed,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia