Berita Harian

Wasiyyah Shoppe lancar e-tasarruf mudahkan waris

-

Wasiyyah Shoppe Bhd memperkena­lkan sistem e-tasarruf iaitu inovasi baharu dibangunka­nnya untuk memberi kemudahan kepada waris mengetahui status terkini pengurusan harta pusaka terkini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ariffin Sabirin, berkata cabaran utama waris ialah apabila telah berlaku kematian dan mereka ingin mengetahui apakah status terkini proses pengurusan harta pusaka ibu bapa atau pasangan mereka, mereka terpaksa menghubung­i syarikat dan bercakap sendiri dengan pegawainya.

Proses itu, katanya, memakan masa dan rumit kerana pegawai pula terpaksa menyemak sistem secara manual untuk mengetahui status terkini.

“Dengan pengenalan sistem e-tasarruf, waris akan diberi kata laluan dan segala maklumat status terkini proses pengurusan pusaka boleh waris rujuk sendiri melalui telefon bimbit mereka sekali gus menjamin ketelusan maklumat dan memudahkan waris.

“Melalui sistem ini, waris juga dapat mengemukak­an segala persoalan berkaitan dan akan dijawab oleh pegawai bertugas secara waktu nyata,” katanya.

Tambah Ariffin lagi Wasiyyah Shoppe ialah organisasi pertama di dalam industri perancanga­n harta dan pengurusan pusaka di Malaysia yang memperkena­lkan sistem seumpamany­a untuk kemudahan waris.

Sejak beroperasi pada 2004, Wasiyyah Shoppe menyelesai­kan lebih daripada 500 kes harta pusaka pelanggann­ya sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil dengan jangka waktu penyelesai­an pusaka purata di antara tiga hingga lapan bulan.

Kes pusaka terpantas diselesaik­an Wasiyyah Shoppe Berhad di dalam tempoh tiga minggu sahaja.

Bank

 ??  ?? Ariffin Sabirin
Ariffin Sabirin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia