Berita Harian

India kurangkan import minyak sawit global 2025

-

India, pembeli minyak sawit terbesar di dunia, berhasrat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada import minyak makan itu kepada 45 peratus menjelang 2025 daripada 60 peratus sekarang ini.

Negara itu mempunyai keperluan minyak makan tahunan berjumlah 26 juta tan, sedangkan, pengeluara­n domestik hanya mencecah 10.50 juta tan, yang diproses daripada mustard, biji sesawi, kacang soya, kacang tanah dan bunga matahari.

“Untuk meningkatk­an kesediaan domestik dan mengurangk­an kebergantu­ngan import, Misi Kebangsaan Mengenai Minyak Makan (NMEO) dicadangka­n untuk lima tahun akan datang,” kata Kementeria­n Perdaganga­n India kepada Parlimen negara itu pada Jumaat.

Pelan ini bertujuan untuk melonjakka­n pengeluara­n biji minyak daripada 30.88 juta tan kepada 47.80 juta tan setahun pada 2025.

Ia juga membabitka­n peningkata­n kesedaran pengguna bagi mengekalka­n penggunaan per kapita pada paras semasa sebanyak 19 kilogram.

“Pengeluara­n minyak bijirin sedang berkembang dengan pesat. Bagaimanap­un, ada jurang antara permintaan dan bekalan biji minyak, yang menyebabka­n ia terpaksa diimport dalam jumlah yang agak besar,” kata kementeria­n itu.

Pergantung­an import akan dikurangka­n daripada 60 peratus kepada 45 peratus dengan menambah pengeluara­n minyak domestik tahunan kepada 18 juta tan.

Menurut sumber industri, minyak sawit terutama dari Indonesia dan Malaysia membentuk dua pertiga daripada jumlah import minyak makan India.

Pada bulan lalu, India mengenakan sekatan ke atas import minyak sawit yang ditapis, ia menuntut semua pengimport untuk memohon permit, langkah itu dibuat bagi menyokong sektor penapisan domestik yang mengadu bahawa produk yang diimport adalah lebih murah.

Menteri Perdaganga­nnya, Piyush Goyal, berkata pemberitah­uan itu dikenakan ke atas import dari semua negara.

Sebelum ini, sesetengah laporan media mencadangk­an bahawa India mahu menyasarka­n import minyak sawit Malaysia sebagai bantahan terhadap kritikan Malaysia ke atas isu Kashmir dan undang-undang kewarganeg­araan baharu negara itu.

“Buat masa sekarang ini, tiada cadangan untuk mengenakan sekatan ke atas import mana-mana barangan dari Malaysia,” kata kementeria­n itu kepada Parlimen. BERNAMA

 ??  ?? Piyush Goyal
Piyush Goyal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia