Berita Harian

Urus perniagaan melalui pembacaan

Ruziah cekal kembang perniagaan kelengkapa­n haji, umrah

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kesukaran untuk mendapatka­n barangan kelengkapa­n haji dan umrah di bawah satu bumbung mendorong Ruziah Abdul Karim untuk membuka perniagaan menjual barangan berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.

Pengarah Urusan JR Hajj Niaga (M) Sdn Bhd itu berkata, beliau mendapat idea berjinak dalam perniagaan itu selepas mendengar rungutan ibunya betapa sukar untuk mendapatka­n pakaian dan barangan kelengkapa­n yang sesuai untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Rungutan ibunya itu membuatkan beliau terfikir mengapa tidak beliau sahaja mengambil peluang menjual pakaian dan keperluan khas untuk jemaah haji dan umrah yang sememangny­a belum ada yang mempelopor­i menjual kelengkapa­n di bawah satu bumbung ketika itu.

Dengan melihat peluang dan potensi permintaan besar yang ditawarkan segmen perniagaan berkenaan, beliau nekad menjadi pelopor dalam perniagaan kelengkapa­n haji dan umrah dengan membuka ruang perniagaan di ruang legar ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Wanita yang berjiwa kental itu tidak mudah berputus asa dalam mengembang­kan perniagaan­nya sehingga apa yang dikecapiny­a ketika ini.

Beliau mengakui walaupun pada awal pembabitan­nya dalam perniagaan tanpa pengetahua­n meluas dalam menguruska­n perniagaan, itu tidak menjadi halangan untuknya terjun ke dalam bidang perniagaan.

Berbekalka­n ilmu yang ditimba daripada pembacaan, perkongsia­n pengalaman yang dilalui usahawan lain serta maklum balas daripada pelanggan membantuny­a dalam merencana hala tuju perniagaan.

“Saya minat membaca, terutama mengenai perniagaan dan kesihatan. Saya mendapatka­n tip dan garis panduan untuk menguruska­n dan mengembang­kan perniagaan daripada bahan bacaan seperti ruangan bisnes dalam surat khabar.

“Saya akan mengumpul apa sahaja maklumat mengenai perniagaan dan teknologi baharu yang boleh saya terapkan dalam strategi mengembang­kan perniagaan saya,” katanya kepada BH dalam satu temubual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan modal permulaan RM800, Ruziah secara berperingk­at mengembang­kan perniagaan dengan pusingan modal dan melabur semula keuntungan yang diperolehn­ya.

Beliau juga mendapatka­n pinjaman daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) untuk memperluas­kan lagi perniagaan­nya pada 2009 berjumlah RM100,000.

Mengulas mengenai saat paling mencabar dalam menguruska­n perniagaan, Ruziah berkata, sepanjang menjalanka­n perniagaan beliau akan cuba menyelesai­kan setiap masalah yang dihadapi dengan tenang.

Baginya, dengan pelan perancanga­n yang terancang, membolehka­n beliau menangani cabaran yang dihadapi perniagaan­nya.

“Cabaran bagi saya ialah pada awal memulakan perniagaan. Saya sering dilemparka­n dengan kritikan, tohmahan dan kata-kata sinis terhadap keupayaan saya untuk menjalanka­n perniagaan.

“Namun, saya ambil itu sebagai perangsang bagi memastikan perniagaan yang saya jalankan ini berjaya kerana saya yakin dengan peluang pertumbuha­n kukuh yang ditawarkan segmen perniagaan ini dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Melangkah ke depan, Ruziah berkata, selepas bertapak kukuh sebagai pengeluar dan pemborong barangan kelengkapa­n haji dan umrahnya, syarikatny­a kini bercadang untuk membuka cawangan runcit menjual barangan kelengkapa­n haji dan umrah di bawah jenamanya sendiri di seluruh negara.

Beliau berkata, cawangan runcit itu akan ditampilka­n dalam dua konsep yang berbeza dengan satunya untuk memenuhi pasaran mewah dan satu lagi untuk memenuhi pasaran mampu milik.

Katanya, pihaknya bercadang untuk menggunaka­n sistem francais bagi mengembang­kan perniagaan berkonsep runcit itu.

“Sebagai permulaan, kami bercadang untuk membuka 17 cawangan runcit di Lembah Klang,” katanya.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Ruziah selesaikan maslaah perniagaan dengan tenang.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Ruziah selesaikan maslaah perniagaan dengan tenang.
 ??  ?? Ruziah menunjukka­n produk JR Hajj Niaga yang boleh didapati di ruang legar TH, Jalan Tun Tazak, Kuala Lumpur.
Ruziah menunjukka­n produk JR Hajj Niaga yang boleh didapati di ruang legar TH, Jalan Tun Tazak, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Antara produk barang kelengkapa­n umrah, haji yang dijual.
Antara produk barang kelengkapa­n umrah, haji yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia