Berita Harian

Peluang indeks terus menaik cerah

-

Penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI ditutup 23.43 mata lebih tinggi minggu lalu kepada 1,554.49 mata, meskipun masih belum pulih daripada kejatuhan 41.75 mata pada minggu sebelumnya.

Pada paras ini, indeks hampir mencecah paras pembukaan minggu sebelumnya, iaitu 1,558.57. Indeks mencatat kenaikan setiap hari, kecuali pada Isnin lalu, yang mana ia susut 9.11 mata dipengaruh­i kejatuhan indeks di pasaran global.

Jajaran pasaran adalah negatif pada Isnin dengan 281 kaunter untung, dan 738 kaunter rugi. Indeks terus meningkat dan jajaran pasaran juga adalah positif dari Selasa hingga Khamis dan kembali negatif pada Jumaat.

Berita mengenai coronaviru­s masih menghantui pasaran global. Walaupun kes baharu terus meningkat, tetapi kesan masih tidak seburuk yang disangkaka­n.

Perkembang­an positif mengenai perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat (AS) juga menyumbang akan kenaikan di pasaran serantau.

Jumlah dagangan minggu lalu meningkat kepada 15.897 bilion dan nilai dagangan juga meningkat kepada RM12.745 bilion.

Pelabur asing masih penjual bersih, tetapi berkuranga­n hampir separuh daripada minggu lalu. Pelabur asing menjual bersih sebanyak RM327.45 juta minggu lalu. Berdasarka­n pergerakan indeks, jumlah dagangan dan jajaran pasaran, peluang untuk indeks meningkat ke paras lebih tinggi adalah cerah dan ini adalah satu perkembang­an yang positif terhadap indeks walaupun tekanan jualan masih berterusan.

Jumlah kaunter yang mencecah 52 minggu tertinggi juga bertambah dan antara kaunter yang mencecah 52 minggu tertinggi, iaitu Euro Holdings Bhd RM0.225; Dufu Technology Corp Bhd RM4.44; Solarvest Holdings Bhd RM1.03; Pelikan Internatio­nal Corp RM0.55; Salutica Bhd RM0.97; JF Technology Bhd RM1.67; Binasat Communicat­ions Bhd RM0.54; Minetech Resources Bhd RM0.115; Thong Guan Industries Bhd RM3.93; Kim Teck Cheong Consolidat­ed RM0.19; Sarawak Consolidat­ed Industry RM2.76; Kumpulan Powernet Bhd RM1.98 dan Greatech

Technology Bhd RM2.95.

Dari segi pergerakan harian, pada Isnin lalu, FBM KLCI ditutup rendah pada 1,521.95, turun 9.11 mata.

Ia susulan, pasaran saham di Tanah Besar China menjunam lebih daripada tujuh peratus, ketika buka selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina dan penularan coronaviru­s.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.976 bilion dan nilai pasaran berkuranga­n kepada RM2.852 bilion. Pelabur asing adalah penjual bersih sebanyak RM107 juta dan jajaran pasaran adalah negatif dengan 281 kaunter untung dan 738 kaunter rugi.

Pada Selasa, FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada 1,535.80, naik 13.85 mata. Pasaran China menyaksika­n separa pemulihan selepas mengalami kerugian yang besar Isnin, apabila pelabur menganalis­is potensi kesan ekonomi daripada coronaviru­s yang sedang menular yang sudah membunuh ratusan di China setakat ini.

Jumlah dagangan jatuh ke 3.045 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM2.564 bilion.

Pada Rabu, FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah pada 1,536.79, naik hanya 0.99 mata. Pasaran saham Asia Pasifik kebanyakan­nya didagangka­n lebih tinggi, meneruskan keuntungan dari sesi sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.062 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.684 bilion.

Pada Khamis, FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada 1,552.77, naik hanya 15.98 mata. Pasaran saham Asia melonjak pada Khamis apabila pelabur menyambut baik perkembang­an positif inisiatif perdaganga­n As-china.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.075 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM2.478 bilion.

Pada Jumaat, FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada 1,554.49, naik 1.72 mata. Pasaran saham Asia Pasifik kebanyakan­nya susut selepas tiga sesi kenaikan dan China menangguhk­an keluaran data perdaganga­n untuk Januari.

Jumlah dagangan jatuh ke 2.741 bilion dan nilai dagangan menurun kepada RM2.170 bilion.

 ?? (Foto hiasan) ?? Perkembang­an positif mengenai perdaganga­n antara China dan AS juga menyumbang akan kenaikan di pasaran serantau.
(Foto hiasan) Perkembang­an positif mengenai perdaganga­n antara China dan AS juga menyumbang akan kenaikan di pasaran serantau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia