Berita Harian

Sentimen pelabur kekal

Bursa tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil

-

Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini apabila pelabur terus berhati-hati dengan keadaan tidak menentu global, termasuk kesan penularan novel coronaviru­s 2019 (2019-ncov) dan pengumuman data ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran ekuiti global nampaknya berada di persimpang­an antara jangkaan pengumuman data positif dari Amerika Syarikat (AS) dan coronaviru­s.

Beliau merujuk kepada data Pekerjaan Pemprosesa­n Data Automatik (ADP) AS yang berada pada 291,000 pada Januari dan Institute for Supply Management

Index bagi sektor pembuatan yang naik sedikit lebih daripada 50 mata pada Januari dan coronaviru­s yang dijangka menjejaska­n ekonomi China dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Afzanizam berkata, fasa pertama perjanjian perdaganga­n As-china juga menjadi tumpuan apabila China merancang untuk mengurangk­an separuh daripada tarif importnya ke atas barangan AS, manakala komitmen bank pusat China untuk menyuntik mudah tunai ke dalam sistem kewangan sepatutnya dapat melancarka­n fungsi pasaran wang dan modal di negara itu.

China mengumumka­n pada Khamis ia akan mengurangk­an separuh daripada tarifnya ke atas import AS bernilai AS$75 bilion ketika ia bergelut menangani coronaviru­s yang semakin menular.

Bermula minggu ini, China akan mengurangk­an 10 peratus bagi beberapa barangan AS kepada lima peratus manakala barangan lain yang dikenakan levi 5.0 peratus akan dikurangka­n kepada 2.5 peratus. Penurunan itu membabitka­n barangan AS yang dikenakan tarif oleh China pada September tahun lalu.

Di dalam negara, katanya, pada minggu ini semua tumpuan akan terarah kepada keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2019 yang akan diumum pada 12 Februari ini.

Mohd Afzanizam berkata, ada juga ura-ura mengenai pakej rangsangan kerana kerajaan nampaknya menimbang untuk melancarka­nnya dalam keadaan global yang tidak menentu.

“Oleh itu, pasaran ekuiti sepatutnya diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan (minggu ini) kemungkina­n antara paras 1,540 dan 1,550 mata, apabila pasaran menunggu butiran terperinci dan perkembang­an selanjutny­a,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 23.43 mata kepada 1,554.49 daripada 1,531.06 sebelumnya.

Di papan skor, Indeks FBM Emas naik 170.05 mata kepada 11,060.17 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 157.13 mata kepada 10,860.72.

Indeks FBM ACE menokok 144.56 mata kepada 5,521.78, Indeks

FBM Emas Shariah melonjak 213.51 mata kepada 11,766.21 dan FBM 70 naik 173.18 mata kepada 13,824.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 198.90 mata kepada 14,981.16, Indeks Perladanga­n naik 164.29 mata kepada 7,307.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menambah 2.07 mata kepada 145.38.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 15.89 bilion unit bernilai RM12.74 bilion daripada 12.65 bilion unit bernilai RM11.05 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 9.75 bilion saham bernilai RM11.30 bilion daripada 8.31 bilion saham bernilai RM9.93 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.30 bilion unit bernilai RM367.05 juta daripada 1.77 bilion unit bernilai RM309.02 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 3.83 bilion saham bernilai RM1.06 bilion daripada 2.56 bilion saham bernilai RM804.78 juta. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia