Berita Harian

Kes kematian harian stabil

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin melaporkan kes kematian harian membabitka­n coronaviru­s di China berada dalam keadaan stabil.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, ia satu ‘petanda baik’, namun masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada penularan virus itu sudah berada di kemuncakny­a.

Ketua Program Kesihatan Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata jumlah kes membabitka­n coronaviru­s di Wilayah Hubei menunjukka­n keadaan di sana semakin stabil.

“Dalam empat hari ini, jumlah kes yang dilaporkan dilihat stabil kerana tidak berlaku peningkata­n mendadak.

“Ini menunjukka­n langkah pengawalan diambil mula menampakka­n hasil yang baik, bagaimanap­un masih terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan mengenai penularan wabak ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata walaupun trend semasa melaporkan wabak itu dalam keadaan stabil, langkah berjaga-jaga tetap diberi keutamaan.

“Kita bukan sahaja sedang bertarung dengan virus, tetapi turut berdepan dengan teori berunsurka­n konspirasi dan troll (sindiran) yang menyebarka­n maklumat palsu dan memberikan respon negatif berkaitan wabak ini,” katanya.

Tedros memberi amaran supaya tidak berlaku penyebaran berita palsu mengenai wabak ini kerana ia memberi kesan langsung kepada pekerja kesihatan yang bertungkus-lumus untuk membasmi penularann­ya.

Untuk rekod, setakat ini wabak coronaviru­s menyebabka­n lebih 34,500 penduduk dunia dijangkiti dengan kes kematian melebihi 800 orang. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia