Berita Harian

Tak rancang berhenti bomba

-

Penyanyi, Syafiq Farhain, 26, tidak merancang menamatkan perkhidmat­an bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim, dia tidak berniat berhenti, meskipun perlu menolak tawaran lakonan berikutan terikat dengan tugasan sebagai anggota bomba.

“Saya akui rugi tolak tawaran berlakon. Ia adalah salah satu platform untuk peminat melihat bakat tetapi saya terpaksa menolak beberapa tawaran kerana tidak boleh ikut jadual yang diberikan.

“Tidak mengapa, peminat kenal saya menerusi nyanyian, ia dikira membantu orang mengenali saya jika berlakon. Kecuali saya tolak tawaran nyanyian, itu memang rugi besar,” katanya kepada BH.

Tambah pelakon filem Hero: Jangan Bikin Panas ini, selagi boleh membahagik­an masa dengan baik, dia akan setia sebagai pegawai bomba.

“Saya boleh menyusun jadual dan membahagik­an masa dengan baik, mengapa perlu saya berhenti? Lagipun persembaha­n nyanyian saya selalunya pada hujung minggu, cuma saya susah nak terima tawaran berlakon disebabkan terikat dengan kerjaya tetap pada hari biasa.

“Saya akui jadual saya padat selepas tamat program Big Stage musim pertama. Disebabkan itu juga saya mengambil cuti tanpa gaji membolehka­n saya berlakon.

“Manalah tahu suatu hari saya bangun tidur, duit saya berjuta-juta, mungkin masa itu saya akan berhenti sebagai anggota bomba,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Maafkan Aku itu berkata, dia menafikan menjadi anak emas di jabatannya, memandangk­an seorang selebriti.

“Saya hanya pegawai bomba biasa atau boleh dikatakan kuli sahaja. Sama seperti orang lain, saya bekerja mengikut garis panduan yang diberi.

“Saya bukanlah anggota bomba yang bertugas di lapangan seperti memadam api kebakaran dan menyelamat. Saya tidak sempat merasai pengalaman ini kerana berpindah ke ibu pejabat di Putrajaya, sejurus nama tular di laman maya.

“Sekarang, saya hanyalah pegawai biasa yang bekerja dalam pejabat di bahagian aset,” katanya.

Terbaru, Syafiq muncul dengan lagu berjudul Sakit Hati yang berkisarka­n kisah putus cinta. Muzik video yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak 2 Disember lalu sudah menjangkau 570,000 tontonan.

 ??  ?? Syafiq Farhain
Syafiq Farhain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia