Berita Harian

Teater masih kaut untung

Along Eyzendy, penggiat seni mahu ubah persepsi

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Biarpun ramai yang mendakwa dunia pementasan teater tidak mampu memberikan pulangan lumayan, namun pelakon, pengarah dan penggiat teater, Along Eyzendy, 41, berpandang­an sebaliknya.

Mereka masih boleh berlakon, berkarya dan memperjuan­gkan seni teater dengan peluang yang terbentang depan mata. Malah, dia bersama rakan pelakon yang juga bekas penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menjadikan seni teater sebagai kerjaya profesiona­l.

Nasib bekas graduan ASWARA juga terbela dengan tertubuhny­a, Persatuan Alumni ASWARA.

Along yang kini pensyarah Teater Tradisiona­l Makyong di ASWARA berkata, dia bersyukur memiliki pekerjaan tetap sebagai pensyarah. Hasratnya mahu membangunk­an seni teater bersama penggiat teater lain.

Katanya, dia mahu menjadikan pementasan teater sebagai salah satu cabang bagi penggiat seni mendapat bayaran berbaloi.

“Saya mahu menghasilk­an teater yang berbaloi, walaupun ada yang beranggapa­n teater tidak boleh buat duit. Saya bersama pejuang teater mahu mengubah persepsi ini.

“Saya percaya pementasan teater zaman sekarang bukan seperti dahulu. Sudah ada pelakon yang mendapat bayaran tinggi sehingga RM160,000 untuk satu pementasan, barubaru ini.

“Di situ, kita boleh menilai, industri teater mampu menjana pendapatan yang baik. Buat cara yang betul, saya yakin boleh menjadikan pementasan teater sebagai sumber rezeki,” katanya.

Katanya, dia melihat ramai pelakon dan penyanyi yang terjun ke dunia teater untuk menambah pendapatan.

“Ia memberi petanda positif industri teater boleh berkembang dengan baik. Tetapi, ia memerlukan kerja keras dan komitmen yang tinggi daripada penggiat seni.

“Bagaimanap­un, ramai juga pelakon berpengala­man beralih arah ke industri teater kerana bayaran lakonan kini tidak lagi setimpal dengan kerja.

“Saya akui berkecil hati apabila diberikan bayaran ‘ciput’, biarpun sudah 14 tahun bergelar anak seni. Disebabkan itu juga, saya lebih memberikan fokus pada pementasan teater,” katanya.

Along atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Mohd Aziz berkata, dia kurang berlakon disebabkan bayaran.

“Jujurnya, saya kecewa ditawarkan bayaran rendah. Bayangkan saya berlakon sejak 2006, tetapi hingga kini, bayaran saya tidak pernah naik.

“Saya pernah dibayar RM500 untuk satu episod. Sepatutnya makin lama, makin naik bayaran. Bukanlah saya minta disanjung, tetapi tunjuk respek kepada pelakon berpengala­man,” katanya.

Katanya, ada sesetengah pihak membuat tawaran pada saat akhir. Contohnya, esok nak ada penggambar­an, malam ini baru hubungi.

“Tak kisah jika saya menjadi pilihan terakhir, tetapi biarlah ia kena dengan bayaran. Jika sekadar bayaran RM250 sehari, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tak mahu buat kerja dengan rasa tidak ikhlas.

“Saya bekerja mencari rezeki buat keluarga. Kalau tak ikhlas, rezeki menjadi haram untuk saya beri makan pada anak dan isteri.

“Jika terdesak sekali pun, saya terpaksa letak tepi. Kalau anak orang kaya, tak berlakon pun ada duit, saya tidak kisah soal bayaran, tetapi lakonan sumber pendapatan,” katanya.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menganggap sudah tertulis dirinya kembali ke dunia teater.

“Saya berasal dari dunia teater, jadi bukan halangan buat saya meneruskan­nya.

“Alhamdulil­lah, rezeki juga lebih murah apabila saya ditawarkan menjadi pensyarah di ASWARA.

“Selain mengajar sejak tahun lalu, saya juga naib presiden Persatuan Alumni ASWARA. Jadi, saya banyak diberikan peluang mengarahka­n dan serta menerbitka­n teater,” katanya.

Bagaimanap­un, pelakon filem Busut Bonang itu tidak meletakkan noktah pada lakonan drama dan filem.

 ??  ?? Along Eyzendy
Along Eyzendy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia