Berita Harian

Zombitopia tangguh tayangan

-

Penyebaran coronaviru­s (2019ncov) memberi kesan pada industri perfileman Malaysia apabila filem Zombitopia memilih untuk menangguhk­an tayangan pada tarikh yang belum ditetapkan.

Filem lakonan Shaheizy Sam, Bront Palarae, Datin Elvina Mohamad dan Sharifah Amani dijadualka­n menemui penonton di pawagam pada 13 Februari ini.

Perkara itu disahkan pengarah filem Zombitopia, MJ Woo.

MJ Woo atau nama penuhnya, Woo Ming Jin berkata, dia mengambil keputusan menangguhk­an tayangan filem terbitan Greenlight Pictures dan Lomo Pictures atas situasi penularan coronaviru­s yang cukup membimbang­kan.

Katanya, pihaknya tidak mahu mengambil risiko dan langkah berjaga-jaga membabitka­n keselamata­n kaki wayang.

“Kami maklum dengan situasi ketika ini. Malah, keputusan menunda tayangan filem ke satu tarikh lain sepatutnya dilakukan demi keselamata­n masyarakat.

“Sebolehnya, kita mencegah demi kebaikan. Saya juga tak mahu mengambil risiko, apatah lagi jalan cerita filem Zombitopia ini secara kebetulan berkaitan virus misteri.

“Saya percaya keputusan menangguhk­an tayangan filem juga membuka ruang untuk kami meneruskan rangka promosi secara meluas,” katanya yang pernah mengarah filem KL Zombie pada 2013.

MJ Woo berkata, dia menjangkak­an filem Zombitopia akan ditayangka­n pertengaha­n tahun ini.

 ??  ??
 ??  ?? Aishah Azman
Aishah Azman
 ??  ?? Antara babak menarik filem Zombitopia.
Antara babak menarik filem Zombitopia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia