Berita Harian

Keringat Aiman berbaloi

Pelumba Team Sapura Cycling kekal Raja Bukit

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba Team Sapura Cycling, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff menggunaka­n sepenuh keringatny­a pada Peringkat 3 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020 dan ia terbalas dengan menyarung jersi merah selaku Raja Bukit, semalam.

Perlumbaan sejauh 162.5 kilometer (km) dari Temerloh ke Kuala Lumpur membabitka­n tiga zon pendakian, bermula di Bukit Damar, Bentong sebelum kemuncakny­a di Genting Sempah dan pelumba kelahiran Setiu, Terengganu itu menawan dua daripadany­a.

“Syukur, saya mampu buat yang terbaik untuk pasukan Sapura. Memang puas hati kerana semua yang dirancang membuahkan hasil. Strategi awal saya membuat pemecahan dan dapatkan mata di zon pendakian.

“Alhamdulil­lah dapat mata di zon pendakian pertama dan kedua namun zon terakhir tayar bocor. Ketika pancit, seorang pelumba dari Australia melakukan serangan secara solo. Saya kembali semula dalam kelompok namun pelumba Australia itu sudah jauh 30 saat daripada saya.

“Jadi, saya memikirkan mendapatka­n tempat kedua. Daripada perkiraan, kalau nombor dua saya masih boleh menyarung jersi merah ini,” kata Aiman yang akan menggunaka­n taktikal sama pada Peringkat 4, hari ini.

Peringkat 4 dari Putrajaya ke Genting Highlands membabitka­n kayuhan sejauh 156.1km dengan menyediaka­n tiga zon pecutan dan lima zon pendakian - saingan yang dinanti-nantikan pelumba.

Ketika ditanya mengenai sama ada mampu mempertaha­nkan gelaran Raja Bukit itu di Peringkat 4, Aiman berkata: “Saya cuba kekalkan jersi merah ini. Esok (hari ini) ada lima zon pendakian. Jadi saya akan cuba seawal mungkin untuk melakukan pemecahan.

“Saya akan cuba dapatkan mata di zon pendakian satu, dua, tiga dan empat kerana apabila dapat membuat pemecahan dan berada di depan, saya mempunyai peluang meraih pelumba terbaik Asia.

“Saya memang sasar (kategori) pelumba terbaik Asia dan saya akan cuba melakukan yang sebaik mungkin.

“Sekiranya dilihat keadaan ketika ini, ia sukar terutamany­a di Genting Highlands. Apapun, saya akan cuba melakukan yang terbaik,” kata Aiman yang ketika ini berada di kedudukan ketiga keseluruha­n klasifikas­i keseluruha­n terbaik Asia dengan catatan masa, sembilan jam 49 minit 18 saat, 1 minit 22 saat di belakang pendahulu dari Kazakhstan, Yevgeniy Fedorov.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar dengan pemenang pada majlis penyampaia­n trofi Peringkat 3 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar dengan pemenang pada majlis penyampaia­n trofi Peringkat 3 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia