Berita Harian

Walscheid rampas Jersi Hijau PETRONAS

-

Kuala Lumpur: Pelumba NTT Pro Cycling Team, Max Walscheid merampas Jersi Hijau PETRONAS daripada Yevgeniy Fedorov pada Peringkat 3 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020 dari Temerloh ke Kuala Lumpur, semalam.

Fedorov yang menyarung Jersi Kuning PETRONAS (pendahulu keseluruha­n), putih (terbaik Asia) dan jersi hijau PETRONAS (Raja Pecut) sejak Peringkat 1, ketinggala­n 13 mata dalam carta jersi hijau PETRONAS di belakang Walscheid yang mengunggul­i perlumbaan hari ketiga sejauh 162.5 kilometer (km) itu dengan catatan keseluruha­n, tiga jam 51 minit 42 saat.

Begitupun, Fedorov daripada pasukan Vino Astana Motors masih menyarung jersi kuning PETRONAS dan putih tatkala saingan memasuki peringkat paling sukar dari Putrajaya ke Genting Highlands, hari ini.

Fedorov ketika ini mendahului carta keseluruha­n jersi kuning PETRONAS dan jersi putih dengan catatan 9:47:56s, 0:09s di depan pencabar terdekatny­a dari pasukan Thailand Continenta­l Cycling Team, Thurakit Boonratana­thanakorn.

“Hari ini (semalam), kami cuba menguasai perlumbaan dari awal lagi sehingga ke zon pendakian dan kemudian pelumba pecut mula mengejar kerana mereka memburu kemenangan peringkat ini.

“Bagi saya, ini kali pertama saya mendahului (jersi kuning PETRONAS) dan sudah tentu saya sangat gembira. Saya menerima banyak sokongan dan tunjuk ajar daripada pasukan. Esok (hari ini), peringkat pendakian paling sukar, pastinya mencabar buat saya tetapi kami juga mempunyai pelumba lain di dalam pasukan yang boleh mendaki dengan baik,” kata Fedorov.

Sementara itu, Walscheid, 26, berkata, dia akan membalas usaha dan sokongan diberikan rakan sepasukann­ya, Louis Meintjes pada perlumbaan Peringkat 4, hari ini. » » » » » » » » 2. Yevgeniy Fedorov 3. Ahmet Orken

 ?? Jarak Mula Dijangka sampai Zon Pecutan Zon Pendakian ??
Jarak Mula Dijangka sampai Zon Pecutan Zon Pendakian
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia