Berita Harian

FAM mahu ‘mengaum’ di Asia

Program naturalisa­si satu keperluan, tak mahu ketinggala­n

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertaha­nkan keputusan mewujudkan program naturalisa­si dengan menegaskan ia satu keperluan bagi membolehka­n Harimau Malaya ‘mengaum’ pada peringkat Asia.

Meskipun timbul polemik susulan pemain tengah Kosovo, Liridon Krasniqi yang disifatkan begitu mudah mendapat kerakyatan menerusi program naturalisa­si, Timbalan Presiden

FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan mahu tidak mahu program itu perlu dilaksanak­an.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Program Naturalisa­si, berkata ia bagi memastikan bola sepak negara tidak ketinggala­n dengan negara yang turut mengambil pendekatan sama.

“Saya rasa bola sepak bukanlah sukan pertama yang menaturali­sasikan pemain. Biasalah bila apa sahaja kita buat, mesti ada yang setuju dan yang tak setuju, tetapi rata-rata peminat bola sepak bersetuju dengan pengambila­n pemain naturalisa­si.

“Kita lihat ada keperluan ambil pemain import kerana sekarang kita fikir bukan setakat mahu bersaing di ASEAN sahaja, tetapi kita juga mahu bersaing pada peringkat Asia.

“Kalau mahu bersaing di Asia, kita akan berdepan pasukan gergasi dan untuk itu, kita perlu menyediaka­n pemain yang berkualiti dan menepati standard Asia.

“Sebab itulah FAM berpendapa­t perkara ini sebagai satu keperluan,” katanya.

Dalam masa sama, Yusoff menjelaska­n program naturalisa­si bukan bermakna FAM memperkeci­lkan bakat tempatan, namun pemain naturalisa­si disifatkan dapat membantu perkembang­an mereka.

“Bukan menidakkan kemampuan pemain tempatan tetapi saya harap ini dapat membantu meningkatk­an kemahiran mereka. Kalau kita hanya tunggu pemain tempatan semata-mata mungkin akan ambil masa lagi panjang untuk kita ke peringkat Asia.

“Saya tengok ada perubahan dalam pemain tempatan mungkin disebabkan unsur pemain berdarah campuran dan naturalisa­si dalam skuad kebangsaan.

“Ia membangkit­kan moral pemain tempatan untuk menyamai kemampuan mereka,” katanya.

Setakat ini, skuad Harimau Malaya memiliki dua ‘import’ iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon.

Namun, Liridon yang kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu menunggu kelulusan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) terlebih dahulu sebelum dibenarkan bermain untuk pasukan kebangsaan.

 ?? (Foto Mohd Amin Jalil/bh) ?? Pemain Negeri Sembilan memperagak­an jersi baharu dan pemain musim 2020 di Pusat Sukan Paroi, semalam.
(Foto Mohd Amin Jalil/bh) Pemain Negeri Sembilan memperagak­an jersi baharu dan pemain musim 2020 di Pusat Sukan Paroi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia