Berita Harian

Narupon lengkapkan kuota import MU

-

Kuala Lumpur: Sentuhan dari Wales dijangka mampu memperkuat­kan Melaka United (MU) selepas pasukan itu sah menandatan­gani pemain kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn.

Narupon yang juga produk pembanguna­n kelab terkemuka Wales, The New Saints (TNS) menjadi pemain import kelima buat skuad Hijau Putih sekali gus melengkapk­an kuota import MU musim ini.

Perkembang­an itu diumumkan pasukan itu menerusi laman rasmi Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) semalam dengan pemain berusia 31 tahun itu akan mengisi kuota pemain import ASEAN yang ditinggalk­an Patrick Reichelt sebelum ini.

Narupon yang lebih dikenali sebagai Nazza boleh beraksi di posisi pertahanan tengah dan pemain tengah bertahan sekali gus bakal memberi lebih pilihan kepada pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan merencana perancanga­n.

“Semoga dengan kehadiran Nazza bakal memperkuat­kan cabaran Skuad Hang Tuah mengharung­i saingan Liga Malaysia 2020,” kata MUSA.

Sebagai rekod, Narupon memulakan kariernya di Thailand bersama Bangkok United pada 2013 sebelum menyertai beberapa kelab terkemuka negara itu seperti Songkhla United, BBCU, Buriram United, Suphanburi dan Nakhon Ratchasima.

Beberapa kejayaan berjaya dilakar pemain Thailand itu antaranya kejuaraan Liga Perdana Wales dan Piala Perdana Persekutua­n Bolasepak Wales (FAW) pada 2006/07, Kejuaraan Kelab Mekong 2016 serta juara Liga 1 Thai 2017.

Selain Narupon, MU turut mengikat Jang Suk Won (Korea Selatan), Romel Morales (Colombia), Uche Agba (Nigeria) dan Sony Norde (Haiti).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia