Berita Harian

JDT raih tonik terbaik

Harimau Selatan dipilih Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

-

Kuala Lumpur: Juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menempa sejarah dalam arena bola sepak tanah air apabila dipilih selaku Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad.

Skuad Harimau Selatan mendominas­i sebahagian besar undian dalam talian menerusi laman rasmi Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) apabila menerima 80 peratus undian daripada jumlah keseluruha­n 81,062 undian.

JDT mengetepik­an empat pencabar lain iaitu Air Force Club (12 peratus), Qadsia SC (6 peratus), Kuwait SC (2 peratus) dan Al-ahed (1 peratus).

Anugerah ini sudah pasti mampu menjadi tonik terbaik buat JDT dalam misi mendominas­i saingan Liga Malaysia (Liga M) 2020 dan saingan Liga Juarajuara Asia (ACL) buat musim kedua berturut turut.

Sebagai rekod, JDT mencipta sejarah apabila mengunggul­i Piala AFC 2015 apabila menjadi pasukan pertama daripada Zon Timur menjuarai saingan terbabit.

Pasukan itu melakukan penampilan pertama di pentas Piala AFC pada 2009 sebagai Johor FC namun berdepan kempen kurang memberangs­angkan apabila tersingkir

Juara: 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019

Juara: 2001

Juara: 1994, 1995

Juara: 2017, 2019

Juara: 2016

Juara: 2015, 2016, 2018, 2019

Juara: 2015 di peringkat kumpulan dengan mengutip hanya satu mata.

Namun, segalanya berubah pada edisi 2015 yang menyaksika­n mereka muncul juara Kumpulan F sebelum mengetepik­an Ayeyawady United (Myanmar) dan South China SC (Hong Kong) di peringkat kalah mati.

Mereka bertemu Qadsia SC di separuh akhir namun Persatuan Bolasepak Kuwait berdepan penggantun­gan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) sekali gus membolehka­n mereka mara ke final bertemu wakil Tajikistan, FC Istiklol di Stadium Pamir, Dushanbe.

Bagaimanap­un, jaringan tunggal Leandro Velazquez sudah cukup untuk JDT merangkul gelaran terbabit dan mencipta sejarah dalam saingan Piala AFC.

 ??  ?? Gambar kenangan ketika JDT menjuarai Piala AFC 2015.
Gambar kenangan ketika JDT menjuarai Piala AFC 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia