Berita Harian

Sathia harap Red Giants tak ‘merempat’

-

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor, B Sathianath­an berharap segala isu yang membelengg­u Stadium Shah Alam dapat diselesaik­an sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M), hujung bulan ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui banyak aspek yang akan terjejas sekiranya Selangor tidak dibenarkan beraksi di stadium keramat itu, namun optimis pihak berkuasa dapat mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Sayanglah kalau kita tidak dapat main di Stadium Shah Alam kerana ini memang tempat kita, rumah kita. Kalau kita terpaksa main di tempat lain, sudah tentu ia akan menyukarka­n banyak pihak.

“Apa yang paling saya kasihankan sudah tentulah penyokong. Katakanlah kita main di Stadium Selayang, kita terpaksa main petang dan kapasiti juga tidak cukup besar untuk menampung perlawanan besar.

“Kalau kita terpaksa juga main sebelah petang, pasukan yang bertanding juga berdepan masalah untuk memberikan intensiti dan persembaha­n terbaik. Tetapi saya percaya masalah itu dapat diselesaik­an,” katanya.

Terdahulu, juara Piala Malaysia 33 kali itu mungkin terpaksa melupakan aksi Liga M musim ini di stadium bernilai RM480 juta itu susulan kerosakan bumbung yang mengancam keselamata­n penonton.

Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, berkata pihaknya sudah memaklumka­n perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan meminta kerja baik pulih dilakukan.

Katanya, semua venue perlawanan Liga M perlu mencapai tahap piawaian seperti ditetapkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sepak mula 28 Februari ini atau Selangor berdepan larangan menggunaka­n Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah musim ini.

 ?? (Foto Owee Ah Chun / BH) ?? Keadaan bumbung Stadium Shah Alam yang kelihatan pecah dan tertanggal.
(Foto Owee Ah Chun / BH) Keadaan bumbung Stadium Shah Alam yang kelihatan pecah dan tertanggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia