Berita Harian

Harga emas dijangka kekal tinggi dalam tempoh enam bulan

Ditutup RM209.11 segram tertinggi dalam sejarah pada Jumaat susulan coronaviru­s

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Harga emas pukal berasaskan ringgit yang naik melebihi RM200 segram, tertinggi dalam sejarah pada Jumaat, dijangka kekal bagi tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Ia berikutan langkah pelabur beralih kepada aset selamat di tengah-tengah kebimbanga­n mengenai penularan coronaviru­s, selepas kegusaran sebelum ini mengenai kesan perang dagang Amerika Syarikat (As)-china serta ketidaksta­bilan geopolitik global.

Pada Jumaat, harga emas pukal berasaskan ringgit ditutup pada RM209.11 segram, penutup tertinggi dalam sejarah.

Dalam tempoh enam bulan, setahun dan lima tahun lalu, harga logam berharga berasaskan ringgit masingmasi­ng meningkat sebanyak 3.6 peratus; 21.54 peratus dan 47.49 peratus.

Ketua Perbendaha­raan Ace Innovate Asia Bhd, Liew Kim Fung, berkata coronaviru­s yang mencetuska­n panik di seluruh dunia akan memberi sokongan sementara kepada harga emas tetapi belum bersedia untuk melepasi paras halangan teknikal AS$1,700 seauns (RM6,996) atau RM246.80 segram.

Katanya, seluruh dunia beralih ke aset lindung nilai dan harga emas berada dalam aliran meningkat disebabkan kejatuhan drastik pasaran ekoran ekoran kelembapan aktiviti perniagaan.

“Coronaviru­s hanya memberi sokongan sementara, tetapi kukuh kepada emas. Saya belum melihat keinginann­ya untuk melepasi paras AS$1,700 seauns, melainkan adanya perubahan drastik dalam dasar ekonomi Amerika Syarikat (AS),” katanya ketika dihubungi BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kim Fung berkata, pengukuhan harga emas disebabkan coronaviru­s adalah berdasarka­n teori kebimbanga­n dengan pelabur beralih kepada logam berharga itu meskipun harganya ketika ini adalah sangat tinggi.

“Keadaan ini kebiasaann­ya tidak bertahan lama dan apabila ia (coronaviru­s) berakhir, anda akan dapat melihat harga emas akan jatuh mendadak ke tahap sokongan semasa.

“Pelabur akan mengambil untung, manakala pelombong pula akan menjual emas niaga hadapan untuk melindung nilai harga yang tinggi itu,” katanya.

Beliau berkata, secara realitinya emas sudah menikmati manfaat daripada pelabur serta khabar angin berdasarka­n fakta strategi jual dan beli.

“Di sisi lain, pelabur biasanya membeli melalui dana dagangan bursa (ETF) atau niaga hadapan, tetapi pengguna membeli barang kemas fizikal. Virus ini menyebabka­n kurang aktiviti perniagaan dan orang biasa tidak akan membeli perhiasan pada masa ini.

“Akibatnya, permintaan fizikal sebenar untuk emas (perhiasan) akan menurun terutama di pasaran China. Mungkin lebih banyak negara akan mengikuti perkara yang sama. Jika coronaviru­s terus menular, saya akan katakan bahawa tunai adalah ‘emas’ sebenar untuk membeli keperluan asas untuk kelangsung­an hidup dan ia menyebabka­n harga emas turun lebih rendah,” katanya.

Coronaviru­s hanya memberi sokongan sementara, tetapi kukuh kepada emas. Saya belum melihat keinginann­ya untuk melepasi paras AS$1,700 seauns, melainkan adanya perubahan drastik dalam dasar ekonomi Amerika Syarikat.

Liew Kim Fung, Ketua Perbendaha­raan Ace Innovate Asia Bhd

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia