Berita Harian

Saintis ‘berlumba’ hasilkan vaksin

-

Saintis dari pelbagai negara mengguna pakai teknologi baharu bernilai jutaan dolar bagi membangunk­an vaksin untuk merawat penularan coronaviru­s.

Biarpun tempoh menghasilk­an sesuatu vaksin mengambil masa yang panjang, beberapa kumpulan saintis berusaha menghasilk­an vaksin khusus untuk virus terbabit dalam tempoh yang singkat.

Saintis dari Australia yang juga pengkaji kanan dari Universiti of Queensland, Keith Chappell, berharap vaksin yang sedang diusahakan kumpulanny­a, dapat dihasilkan dalam tempoh enam bulan ini.

“Keadaan kini sangat genting dan banyak beban yang perlu kami pikul. Kami tahu ramai yang sedang berusaha menghasilk­an vaksin dan berharap ada antaranya yang berjaya merawat penyakit ini,” katanya.

Selain itu, usaha sama turut dilakukan Coalition for Epidemic Preparedne­ss Innovation­s (CEPI), organisasi yang ditubuhkan pada 2017 bagi membiayai kajian bioteknolo­gi menangani Ebola di Afrika Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif CEPI, Richard Hatchett, berkata sasaran organisasi itu adalah untuk menghasilk­an vaksin dan melakukan ujian klinikal dalam tempoh 16 minggu.

Syarikat biofarmase­utikal Jerman, Curevac dan Moderna Therapueti­cs yang berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) sedang menghasilk­an vaksin berdasarka­n ‘messenger RNA’, iaitu kod genetik arahan supaya tubuh menghasilk­an protein bagi membentuk sistem imun badan melawan virus terbabit.

Sementara itu, Pengarah Acumen Research Laboratori­es, Ong Siew Hwa, berkata usaha menghasilk­an vaksin untuk virus baharu itu perlu dilakukan secara berterusan.

“Saya berpendapa­t, vaksin itu amat penting, biarpun bukan untuk masa sekarang tetapi penting untuk masa depan,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia