Berita Harian

Spurs dijangka ‘cantas’ Chelsea

Saingan rebut satu slot ke Liga Juara-juara sengit

-

Perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tampak sudah berakhir, jadi tumpuan kini terarah kepada tiga pasukan yang bakal menyertai Liverpool dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Manchester City tidak lagi bersaing untuk kejuaraan namun mereka berada pada kedudukan selesa untuk ke Liga Juara-juara, begitu juga Leicester City yang dijangka dapat menamatkan saingan musim ini di tempat ketiga.

Satu lagi slot bakal menjadi rebutan dengan kini tempat keempat dihuni Chelsea, namun dengan jurang mata yang kecil, tekanan mula dirasai Frank Lampard selepas gagal membawa pemain baharu pada jendela perpindaha­n Januari.

Tottenham kian menghampir­i mereka manakala Sheffield United secara ‘senyap-senyap’ mendaki dalam kelompok terbabit selain slot terakhir itu turut menjadi buruan Manchester United dan Wolves.

Berdasarka­n baki perlawanan yang tinggal, akhbar Dailymail meramalkan impian Chelsea untuk ke Liga Juara-juara musim hadapan mungkin berkecai apabila mereka dijangka hanya dapat mengutip 20 mata daripada baki 13 perlawanan.

Tottenham yang masih dibuai dengan kemenangan ke atas City dan diperkuat dengan beberapa muka baharu selain dibantu ‘magis’ Jose Mourinho, mereka dijangka terus memberikan aksi cemerlang sehingga penghujung musim.

Mereka dijangka mengutip 30 mata daripada baki perlawanan sekali gus memintas The Blues dan ‘merampas’ slot ke Liga Juara-juara.

Sheffield United pula bakal melakar satu daripada pencapaian membanggak­an buat pendatang baharu EPL musim ini apabila dijangka mengutip 30 mata, namun ketinggala­n di belakang Spurs.

Sementara itu, United yang bergelut dan sering melepaskan mata menentang pasukan bawahan hanya mampu mengutip 19 mata sementara Wolves pula dengan 24 mata.

Kedudukan akhir EPL bakal menyaksika­n perubahan besar berbanding kedudukan ketika ini di mana Spurs akan menyertai Liverpool, City dan Leicester beraksi di Liga Juara-juara apabila menamatkan saingan di tangga keempat dengan 67 mata.

Sheffield pula hanya ketinggala­n satu mata di belakang Spurs untuk menghuni tangga kelima sementara Chelsea ‘tergelinci­r’ ke tangga keenam dengan 61 mata.

Wolves terus mendaki untuk menamatkan EPL di tangga ketujuh dengan 59 mata manakala United mengharung­i musim terburukny­a apabila sekadar menghuni tangga kelapan dengan 54 mata. AGENSI

 ??  ?? Pengurus Tottenham,
Jose Mourinho meraikan gol bersama pemain ketika menewaskan Manchester City.
Pengurus Tottenham, Jose Mourinho meraikan gol bersama pemain ketika menewaskan Manchester City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia