Berita Harian

Persidanga­n disertai 300 Ahli Parlimen dari 40 negara buat ketetapan sokong kewujudan negara berdaulat Palestin dan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara

Delegasi Ahli Parlimen beri penekanan kepada enam ketetapan krisis di bumi Palestin

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persidanga­n Liga Parlimen Al-quds Kali Ketiga yang berakhir semalam, memberi penekanan kepada enam ketetapan berkaitan krisis selama tujuh dekad melanda Palestin.

Pendirian paling lantang terarah kepada penolakan dan keputusan mengutuk Deal of the

Century atau pelan damai oleh Amerika Syarikat (AS) yang kononnya berupaya mengakhiri pertelagah­an di antara Palestin dan Israel.

Selain disifatkan berat sebelah, pelan alternatif berbanding ‘penyelesai­an dua negara’ seperti direncana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu bercanggah dengan perundanga­n antarabang­sa dan hak asasi manusia sejagat.

Delegasi Ahli Parlimen dari lebih 40 negara turut sepakat bahawa sokongan disuarakan pentadbira­n AS terhadap rangkaian tindakan kejam didalangi rejim Israel, termasuk menyerang Masjid al-aqsa dan tempat perlindung­an penganut Kristian bercanggah dengan peruntukan perundanga­n antarabang­sa.

Tindakan sedemikian dikatakan hanya mengundang kepincanga­n terhadap usaha menuntut perdamaian di kawasan bergolak di antara Palestin dan Israel, sekali gus bakal menyaksika­n kemelut melanda wilayah di Asia Barat itu terus memuncak.

Persidanga­n dua hari yang menghimpun­kan barisan jurucakap mewakili kelompok pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis, Ahli Parlimen dan pemimpin itu antara lain meluluskan sembilan resolusi.

Terus komited memperjuan­gkan hak Palestin dan mempertaha­nkan Baitulmaqd­is daripada ditakluk Israel.

Mendesak komuniti antarabang­sa memenuhi kewajipan mempertaha­nkan hak asasi manusia dan norma antarabang­sa dalam krisis Palestin.

Menggesa Parlimen di seluruh dunia mengutarak­an peraturan dan tatacara mengutuk penjajahan Israel terhadap bumi Palestin.

Memberi tekanan kepada pertubuhan antarabang­sa dan badan perundanga­n untuk bekerjasam­a membebaska­n tahanan rakyat Palestin.

Mendesak supaya negara Islam memenuhi komitmen untuk menyalurka­n bantuan kewangan kepada dana al-quds dan mendapatka­n sokongan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Menubuhkan jawatankua­sa pemantau isu penjajahan bumi Palestin didalangi Israel dan menyebarka­n fakta sebenar mengenai tindakan rejim terbabit menerusi kerjasama media.

Mengutarak­an deklarasi antarabang­sa menerusi pentas persidanga­n memperjuan­gkan hak rakyat Palestin dan menolak usaha penjajahan dilakukan Israel.

Bekerjasam­a melaksanak­an pelan dirangka pelbagai persidanga­n bagi mengakhiri kemelut Palestin.

Meraikan dan menghargai usaha golongan Muslim serta Arab susulan kelantanga­n mereka memperjuan­gkan nasib rakyat Palestin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Persidanga­n al-quds Ke-3, Dr Syed Ibrahim Syed Noh, berkata satu usul khas bagi menyatakan pendirian Malaysia mengenai ‘pelan damai’ AS akan dibentangk­an pada sidang Parlimen, Mac ini.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Wan Azizah dan Sheikh Hamid bersama tetamu selepas Majlis Penutupan Persidanga­n Tahunan Liga Ahli Parlimen Untuk al-quds Ke-3, di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Wan Azizah dan Sheikh Hamid bersama tetamu selepas Majlis Penutupan Persidanga­n Tahunan Liga Ahli Parlimen Untuk al-quds Ke-3, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia