Berita Harian

Guru besar, tiga beradik didakwa bunuh lelaki di stesen minyak

Tertuduh tak dibenar ikat jamin, tiada pengakuan direkod

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim bhnews@bh.com.my

Machang: Lima termasuk tiga beradik dan seorang guru besar didakwa di Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada 27 Januari lalu.

Mohd Azam Seman, 23, bersama dua abangnya, Muhamad Zarudin, 27, dan Mohd Rizal, 37, serta dua yang lain, Che Muhammad Sayusi Che Musa, 29, dan Mohd Rozi Mohd Nawi, 51, yang bertugas sebagai Guru Besar, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amar Razim Alias.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, Abdul Rahim

Abdul Wahab, 56, didakwa membunuh Kamsani Mohamed, 39, di Stesen Minyak Shell, Batu 31, Jalan Machang-kuala Krai, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi, 27 Januari lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan Ahmad Adha Amir Yasser.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding berasingan, 10 lelaki dituduh merusuh dan bergaduh dalam kejadian membabitka­n kematian Kamsani, juga mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Ahmad Husaini Haron, 24; Wan Muhammad Hafizi Wan Hussin, 29; Mohd Faizal Salleh, 40; Muhamad Akmal Syahmi Ab Arif, 27; Mohd Shafuan Asri, 31; Raja Mohd Azmi Raja Hussin, 37; Abdullah Amiruddin Amir, 29; Norhisan Mohd Rosidi, 43; Nik Mohamad Fazli

Nik Mahmud, 29 dan Ahmad Shubly Shaari, 35.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama 10 lagi yang masih bebas sebagai ahli suatu perhimpuna­n yang menyalahi undang-undang, didapati menggunaka­n kekerasan atau keganasan iaitu merusuh dan bergaduh di lokasi, masa dan tarikh yang sama .

Mahkamah membenarka­n semua 10 tertuduh itu masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes.

 ??  ??
 ?? (Foto SYAMSI SUHAIMI/BH) ?? Lima lelaki dituduh membunuh dibawa ke Mahkamah Majistret Machang, semalam.
(Foto SYAMSI SUHAIMI/BH) Lima lelaki dituduh membunuh dibawa ke Mahkamah Majistret Machang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia