Berita Harian

Askar Thailand mengamuk ditembak mati, 26 mangsa disahkan terbunuh

Askar muat naik hantaran di FB mahu balas dendam bunuh 26 orang di pusat beli-belah

-

Bangkok: Seorang tentera Thailand yang membunuh 26 individu dan mencederak­an 57 lagi dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Korat, ditembak mati oleh pasukan keselamata­n, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, berkata insiden itu benar-benar mengejutka­n negara.

“Ia tidak pernah terjadi di Thailand dan saya mahu ia menjadi kali terakhir ia berlaku,” katanya ketika ditemui di luar hospital di mana mangsa cedera dirawat.

Tambahnya lagi, motif kejadian berkait dengan penjualan sebuah rumah.

Polis mengesahka­n suspek seorang tentera berusia 32 tahun bernama Jakrapanth Thomma.

Kejadian pembunuhan itu bermula kira-kira jam 3 pagi kelmarin, ketika tentera itu melepaskan tembakan secara rambang di dalam sebuah rumah, sebelum bergerak ke kem tentera dan pusat beli-belah itu sambil memuat naik hantaran di Facebook.

Media Thailand melaporkan, suspek berkhidmat di pangkalan tentera berhampira­n Nakhon Ratchasima yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) dari Bangkok.

Sebelum serangan itu, Jakrapanth memuat naik hantaran di akaun Facebook milikinya memaklumka­n mahu membalas dendam, namun tidak memberitah­u mengapa dia mahu berbuat demikian.

“Kami tidak tahu mengapa suspek bertindak demikian. Dia seolah-olah menjadi gila,” kata jurucakap Kementeria­n Pertahanan, Kongcheep Tantrawani­t kepada Reuters.

Terdahulu, tentera dan polis menyerbu pusat beli-belah itu dan membawa keluar ratusan orang awam yang terperangk­ap di dalamnya.

Beberapa das tembakan kedengaran sebelum Subuh, beberapa jam selepas pihak keselamata­n Thailand menyerbu masuk ke tingkat bawah Terminal 21, di mana suspek yang memiliki senjata curi dari bereknya, dikepung.

Ketika polis menyerbu masuk, sejumlah orang awam yang terkejut dan ketakutan, berlari meninggalk­an kawasan penuh dengan darah dalam insiden yang dipaparkan menerusi Facebook oleh penembak itu.

AFP/REUTERS

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? Chan-o-cha (tengah ) melawat mangsa terselamat dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah di Hospital Maharat Nakhon Ratchasima, Bangkok, semalam.
(Foto AFP) Chan-o-cha (tengah ) melawat mangsa terselamat dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah di Hospital Maharat Nakhon Ratchasima, Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia